
Assalamualaikum. Apa khabar semua guru di Sistemguruonline?
Carta, Jadual, Peraturan dan Bahan-bahan Keceriaan Kelas. Setiap tahun pastinya ramai guru yang pening kepala memikirkan apa yang patut dibuat untuk menghias kelas.
Kenapa tidak, dengan modal yang perlu dikeluarkan sendiri, bahan-bahan yang perlu dibeli dikedai memerlukan masa dan usaha selain wang ringgit.
Terakhirnya kita memerlukan usaha yang kuat untuk menghias kelas seorang diri kerana itulah tugas sampingan guru yang ramai tidak tahu.
Jangan kata anda seorang sahaja yang mengalami masalah itu.
Sebenarnya boleh dikatakan semua guru mengalami masalah yang sama terutama guru sekolah rendah yang rata-rata memegang jawatan sebagai guru kelas dan semestinya kelas sekolah rendah perlulah dihias cantik bagi menarik murid belajar dan membantu proses pembelajaran mereka. Betul tak?
Oleh sebab itu, SGO ingin membantu para guru tidak kira dimana sahaja anda berada untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini walaupun tidak banyak.
Admin perolehi bahan ini iaitu bahan keperluan menghias kelas seperti carta-carta yang boleh diedit daripada blog cikgu Raihan.
Carta, Jadual, Peraturan dan Bahan-bahan Keceriaan Kelas Tahun 2017
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Dapatkan carta-carta yang bertemakan animasi ‘Frozen’ seperti berikut:-
1) Carta – Welcome
2) Label Subjek
3) Carta Organisasi Kelas
4) Jadual Waktu Kelas
5) Peraturan Kelas
6) Carta Hari Lahir Murid-Murid
7) Font Frozen
Fail adalah dalam bentuk MS Power Point, jadi, semua bahan boleh diedit mengikut kesesuaian. Semoga bermanfaat…
Download :Â Pengurusan Kelas-Tema Frozen
Download : Jadual Waktu Frozen
Download : Font Frozen
Baiklah disini sahaja perkongsian dari admin SGO. Semoga bermanfaat. Sebar-sebarkan. Jangan lupa tekan butang share ye.
Beritahu rakan-rakan anda di facebook dan telegram. Jangan lupa sertai telegram kami di https://telegram.me/sistemguruonline.
Selain itu sila dapatkan bahan berlainan bagi tujuan menghias kelas bilik darjah melalui perkongsian kami pada pautan di bawah.
Link Hiasan Bilik Darjah :Â Koleksi Minit Mesyuarat
Terima Kasih.
Sumber :Â https://raihanjalaludin.blogspot.my/2015/12/pengurusan-kelas-tema-frozen-editable.html