Cara ‘BLOCK’ Video YOUTUBE Yang Tak Sepatutnya Dari Anak Anak!

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp


Cara ‘BLOCK’ Video YOUTUBE Yang Tak Sepatutnya Dari Anak Anak!
Assalamualaikum semua.

Posting kali ni merupakan perkongsian yang cukup bermanfaat dimana admin terjumpa dari laman lain dan merasakan ia cukup berbaloi untuk dikongsikan.

“Eeeiii, video apa yang kamu tengok tu nak… Ish, sekali pandang macam video kanak-kanak. Tapi rupanya ada udang di sebalik batu. Tak boleh jadi. Kena cari cara block Youtube macam ni. Merosakkan akhlak!”

Pada zaman terkini iaitu abad ke-21, dunia adalah di hujung jari sahaja. Hanya klik sahaja, segala maklumat yang ingin dicari pasti terus jumpa. Ya, segala jenis maklumat. Sama ada maklumat dalam bentuk penulisan, gambar, video, siaran langsung atau ulangan rancangan televisyen, dan bermacam-macam lagi.

Senang bukan?

Tidak dinafikan lagi, salah satu web yang cukup popular di kalangan semua lapis masyarakat iaitu ‘Youtube’ merupakan laman pencarian video no.1 di dunia.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN DI LAMAN YOUTUBE

Youtube sememangnya baik jika video video seperti nasyid, eksperimen sains, penyelidikan, hiburan yang positif, video pendidikan dan apa apa sahaja yang membantu pembelajaran anak anak dilayari.

Tetapi, ada juga video tak berfaedah dalam Youtube buat kita semua. Video ini biasanya tidak dilihat sebagai pilihan asal namun sistem membuatkan ianya muncul secara ‘cadangan’ dan menghasilkan pelayaran tak elok kepada anak anak kita. Lihat sahaja gambar di bawah ini sebagai bukti!

‘BLOCK’ VIDEO YANG TAK PATUT DITONTON!

Jika Youtube berada dalam mod ‘autoplay on’mudah sahaja untuk video-video sebegini dipaparkan setelah video yang sepatutnya tamat penyiarannya.

Kita tidak boleh ambil mudah dengan hal sebegini. Ia boleh meruntuhkan akhlak dan moral kanak kanak iaitu generasi pelapis kita akan datang.

Bagi mengelakkan anak-anak daripada menonton video yang tidak bermoral sebegini, ibu bapa perlu aplikasikan cara block Youtube pada gajet-gajet yang digunakan sama ada di komputer peribadi, laptop, tablet mahu pun ‘smart phone’.

Langkah – langkah ialah seperti ini.

 KAEDAH 1 : Aktifkan  ‘RESTRICTED MODE’

Penetapan ‘Restricted mode’ boleh didapati dalam laman Youtube sama ada dengan menggunakan komputer peribadi, laptop, tablet mahu pun ‘smart phone’ anda.

I) KAEDAH UNTUK KOMPUTER PERIBADI, LAPTOP, ATAU TABLET

i. Buka laman web www.youtube.com.
ii. Scroll di laman youtube hingga bawah sekali dan cari pilihan ‘Restricted Mode’ dan klik pada perkataan ini
iii. Pilih ‘Mode On’ dan ‘saved’ kan penetapan ni.

Kini, laman Youtube anda berada dalam keadaan ‘Restricted Mode : On’.

Namun, penetapan ini boleh kembali ke mode asal pada bila bila masa sekiranya sesiapa sahaja terterkan Restricted Mode kepada Off kembali.

Jadi kita kena ‘lock’ menggunakan akaun Youtube kita iaitu selepas kita sudah ‘Sign in’ 



II) Penetapan melalui ‘SMART PHONE’

i. Buka Youtube.
ii. Klik icon tiga titik di bahagian atas kanan aplikasi Youtube anda. Lepastu pilih ‘Settings’.
iii. Pilih ‘General’. Kemudian cari perkataan ‘Restricted Mode’ untuk tukarkan ianya kepada ‘ON’. Sila rujuk gambar di atas.

KAEDAH 2: CARA BLOCK YOUTUBE PADA VIDEO TERTENTU

Walaupun ‘Restricted Mode’ pada Youtube sudah berada dalam mode ‘on’, ada lagi video-video yang tidak sepatutnya ditonton akan dicadangkan di senarai video di bawah nanti atau ia terus dimainkan secara automatik melalui mode ’autoplay on’.

Maka, kita kena gunakan langkah-langkah ini untuk ‘block’ video ini mengikut ‘channel’ setiap satunya.

Cara ‘block’ Youtube ini dikongsikan oleh Puan Najihah Nazarudin melalui laman Facebook peribadinya.

I) KAEDAH UNTUK KOMPUTER PERIBADI, LAPTOP, ATAU TABLET

i. Buka laman Google Chrome menggunakan ‘browser’ Chrome.
ii. Cari ‘video blocker’ dan klik pada pilihan pertama dalam senarai.
iii.  Klik ‘Add to chrome’ dan aplikasi ini akan dimasukkan ke ‘browser’ Chrome anda.

 

Apabila kelihatan simbol palang merah di bahagian atas kanan, ini bermakna aplikasi ‘Video Blocker’ telah dimasukkan ke ‘browser’ Chrome anda.

 

iv       Pergi ke laman Youtube dan cari sebarang kata kunci video yang ingin di ‘block’. Apabila telah keluar senarai video tersebut, klik kanan pada tajuk video dan klik ‘Block videos from this channel’.

 

Dengan ini, semua video yang berasal dari ‘channel’ tersebut sudah pun  di‘block’ secara automatik. Kita kena ulang langkah yang sama ini untuk channel yang lain satu persatu.

Apabila anda klik pada simbol ‘Video blocker’, akan muncul senarai ‘channel’ yang telah di‘block’ sebentar tadi. Tetapi apabila anda mencari kata kunci lain, masih banyak lagi video yang belum di‘block’ daripada ‘channel’ lain.

 

Mungkin juga terdapat video-video lain lagi yang masih belum di‘block’ dan hanya akan kelihatan dalam senarai di bahagian kanan apabila anda klik pada video berkenaan.

 

Maka, anda perlu lakukan langkah seterusnya ini untuk ‘block’ video-video tersebut.
Langkah 5 : Klik simbol ‘Video Blocker’ di bahagian atas kanan.

 

Langkah 6 : Klik ‘Add’. Masukkan nama ‘channel’ ke dalam ruang yang disediakan dan klik simbol ‘+’. (Nama ‘channel’ terdapat di bahagian bawah video – Contoh : ‘Superhero Fun Factory’)

 

Ulang langkah 6 dan 7 ini sehingga kesemua video yang tidak dikehendaki di‘block’ oleh anda.

II) KAEDAH MENGGUNAKAN ‘SMART PHONE’ 

Sekiranya anda menggunakan ‘smart phone’ untuk membenarkan anak anda menonton video, anda perlu ‘uninstall’ aplikasi Youtube daripada ‘smart phone’ anda.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak berjaya atau tidak mahu ‘uninstall’ aplikasi Youtube ini, disarankan agar anda ‘hide’ aplikasi tersebut dan gantikan dengan alternatif lain.

ALTERNATIF 1 : KIDS YOUTUZE PARENTAL CONTROL

Aplikasi ini mempunyai pemilihan sendiri kepada beberapa ‘channel’ untuk ditonton. Dengan cara ni, video yang patut ditonton oleh anak anak dan tidak seharusnya ditonton oleh anak anak dapat ditapis melalui tetapan pemilihan channel walaupun mode ‘auto play’ sentiasa aktif.

ALTERNATIF 2 : MOBILE FENCE PARENTAL CONTROL

Aplikasi ini membolehkan ibu baoa block laman web yang tak elok kepada anak anak dan boleh kawal masa pengaksesan mereka. Selain itu tempoh bermain game juga dapat dikawal melalui kaedah tetapan timer. Selain itu, aplikasi ini juga boleh memeriksa lokasi pelayaran gadget anak kita pada bila bila masa.

KAWAL PENGGUNAAN GAJET ANAK

Sekiranya kita membenarkan anak anak bermain pelbagai gadget, kita seharusnya memainkan peranan yang penting untuk mengawasi dan buatkan tetapan sepatutnya untuk menghalang mereka dari melayari pautan pautan video yang tak sepatutnya

Selain dari ‘block’ video dari Youtube melalui perkongsian ini, pantau lah aktiviti mereka dan segala yang telah diakses mereka. Jangan biarkan pemikiran optimistik dan proses pembelajaran mereka dikotori oleh perkara perkara seperti video buruk dalam youtube ini.

Semoga kita semua dijauhi dari perkara perkara yang buruk dan ayuh mencegah generasi kita dari awal lagi melalui langkah langkah seperti di atas bagi memastikan pembelajaran anak anak terkawal dan penuh dengan nilai murni.

Semoga perkongisan dari SGO ini memberi manfaat. Teruskan menyokong kami.
Sumber: Eyza Faizah
Sumber : http://didakwah.blogspot.kr/2016/11/cara-block-video-youtube-yang-tak-patut.html