Assalamualaikum w.b.t
Di awal persekolahan ini pasti banyak program yang dijalankan. Sebagai contoh program guru penyayang, hari sukan dan sebagainya. Setiap program pasti mempunyai AJK Kerja bagi memastikan kerja dapat berjalan dengan lancar. Sekiranya, AJK tidak diwujudkan sesuatu program pasti sukar untuk dijalankan. Salah satu kerja yang paling sukar untuk dilakukan ialah AJK Buku Program. Cikgu-cikgu pasti mengelak daripada mendapat kerja membuat buku program.
Salah satu sebab kerana membuat buku program perlu mempunyai kemahiran dalam komputer. Namun yang demikain itu bukan alasan untuk guru menolok kerja yang telah diberikan.
Untuk membuat buku program cikgu perlu memikirkan idea untuk design buku program. Selain  itu, untuk mencetak buku program juga memerlukan kesabaran yang tinggi. Cikgu yang mempunyai pengalaman dalam membuat buku program pasti mengalami masalah ini. Masalah yang lebih akan dirasa oleh guru baru yang tiada pengalaman membuat buku program.
Dapatkan Buku Program Boleh di Edit
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Diharapkan bahan ini dapat membantu semua guru dalam membuat buku program. Sokongan anda semua kepada SGO amat kami hargai.