Budayakan Pendidikan Kebersihan Pelajar Jepun

Budayakan Pendidikan Kebersihan Pelajar Jepun

Berikutan paparan Utusan hari ni, admin membaca artikel mengenai saranan kepada pihak sekolah untuk membudayakan  penjagaan kebersihan tandas.

“PAPA, adik nak kencing.” “Pergilah kat tandas sekolah tu, papa tunggu.” “Tapi adik tak nak kencing kat tandas sekolah,” sambil tangannya kemas melekat pada hidung seolah-olah menahan bau yang busuk amat.

Sememangnya ucapan ini adalah realiti. Ramai sekali pelajar pelajar sanggup menahan hajat mereka kerana faktor kotornya dengan busuknya tandas yang sedia ada. Sebenarnya tukang mengotor tu tak ramai pun dalam satu sekolah. Tapi ada seorang pun sudah cukup nak hancurkan suasana selesa tandas seharian suntuk.

Tidak pernahkah kita terfikir apakah solusi yang sepatutnya? Berapa lamakah situasi sebegini akan terus terjadi?

Memupuk budaya yang bersih itu sebenarnya penyelesaian yang terbaik untuk masalah ni. Kalau kita mengharap pada tukang cuci, langsung tak berguna sebab sebaik saja dicuci terus kotor balik andai budaya menjaga kebersihan itu tak dijaga.

Kayu ukur kebersihan ini sepatutnya datang dari ibu bapa tu sendiri. Walaupun pelajar pelajar sudah dididik di sekolah cara nak jaga kebersihan, namun bila balik rumah budak budak itu mungkin terikut perangai mak ayah dia balik sekiranya mak ayah dia pengotor. Didikan kebersihan dekat sekolah sudah jadi sia sia kalau dibuat jarang jarang sekali. Macam mana pun, tak salah kita para guru berusaha nak pupuk sikap pembersih kepada pelajar pelajar kita.

Sebut tentang kebersihan ni, kita terus fikirkan di mana tempat yang paling bersih kat dunia ni. Sudah tentu lah negara Jepun. Tandasnya cukup selesa walaupun tandas itu hanyalah tandas awam yang ada di mana mana tepi jalan. Cuba lihat gambar tandas di Jepun.

 

 

Bersih sungguh. Menurut kajian, kebersihan macam ni hasil daripada ‘lekatnya’ budaya pembersih disebabkan dari kecil lagi semua rakyat jepun disuruh rajin mencuci. Bukan sekadar pada peringkat teori atau di buku sahaja tapi setiap hari adanya sesi amali pembersihan dilakukan di Jepun.

Jom lihat, macam mana sekali rakyat Jepun diajar tentang kebersihan. Ianya bermula waktu sekolah ataupun peringkat ‘nursery’ lagi. Ya, dari kanak kanak seumur 4, 5 tahun lagi. Kemudian, didikan seperti itulah yang kekal hingga semua rakyatnya dewasa.

Bila anak anak mula masuk alam pra-persekolahan, fasiliti untuk basuh tangan pun sangat mengagumkan . Selain sinki dalam tandas, sinki lain pun ada di setiap koridor dan setiap lantai sekolah. Kadang kadang di taman sekolah pun ada. Dekat tepi sinki disediakan sekali sabun ketul dalam beg jaring.

 

 

 

Dekat Jepun, pelajarnya  basuh tangan banyak kali dalam sehari. Di sana ada sesi ‘rehat bilik air’. Masa tu guru akan bersama-sama pelajar dia basuh tangan sama sama. Selain tu, pelajar juga dipantau supaya mereka basuh tangan sebelum rehat, selepas amali sains, ataupun selepas waktu rehat.

Pelajar jepun juga diajar bawakan sampul tangan kecil untuk keringkan tangan dan bawa sekali paket tisu untuk lap hidung. Budaya ini ‘dipaksa’ melalui pemantauan guru. Di sekolah jepun juga, adanya minggu ‘eisei shirabe’ iaitu pemeriksaan kebersihan.

 

Pelajar lain yang menjadi ahli jawatankuasa akan periksa setiap orang memastikan ada bawa sampul tangan dan tisu, dan pastu kuku pelajar pelajar semua dah dipotong rapi. Waktu kumur pun diperhatikan supaya semua pelajar dah lakukan setiap kali lepas makan pada waktu pemeriksaan ni.

Kadang kadang ada juga sekolah jalankan ‘Kempen Kumur Sekolah’ setiap tahun terutamanya musim dilanda sebarang wabak. Dia buat macam mana? Lepas rehat, sekolah akan pasang lagu ‘Disney’ lepastu semua pelajar akan pergi dekat sinki untuk kumur ramai ramai.

Mengikut mereka, kumur tu boleh mencegah demam ataupun dari tersebar wabak penyakit. Memang make sense kan.

Kalau pada waktu lain pulak, guru dekat jepun akan selalu beri tugas pada setiap pelajar tugas mencuci sekolah selepas makan tengah hari bersama sama bagi membentuk generasi yang bersederhana dan menjaga kebersihan. Bukan setakat kawasan sekolah yang biasa biasa, ini senua termasuk bahagian tandas dan kawasan tangga-tangga sekali.

Sehinggakan kebanyakan sekolah di jepun tak perlukan tukang cuci lagi untuk kebersihan sekolah. Semuanya boleh dibuat oleh pelajar bersama sama guru saja.

Tokyo Times melaporkan, amalan membersihkan kawasan sekolah ini bermula seawal usia 6 tahun hingga 17 tahun dan sebanyak empat kali seminggu.

Menurutnya, setiap hari pelajar bersama rakan-rakannya akan mengangkat meja dan membersihkan kawasan bilik darjah serta apabila meningkat dewasa, pelajar akan diarahkan untuk membersihkan tandas. Mentaliti Sekolah Di Malaysia Jauh Ketinggalan. Nak denda sikit sikit pun tak dibenarkan.

Amalan mengerahkan pelajar dalam aktiviti membersihkan sekolah ni memupuk sifat hormat pelajar tu dengan persekitaran termasuk kerjasama antara pelajar. Sehingga hari ni, tiada satu pun laporan di Jepun mengatakan ibu bapa tak berpuas hati bila anak anak m

Admin SGO sendiri rasakan sudah tiba masanya, ibu bapa negara kita optimistik untuk ubah mentaliti ke arah lebih baik serta mencontohi budaya Jepun dalam usaha menjadikan anak-anak yang lebih hormat, bersih dan bekerjasama.

Maka sekolah harus proaktif dalam membudayakan kebersihan tandas sebagai tanggungjawab semua. Para pelajar juga haruslah dilatih daripada kecil supaya rajin membersihkan tandas sekolah, menghiasnya agar kelihatan cantik dan selesa dengan meletakkan bunga-bunga, dekorasi serta wangian. Ini bukan sahaja akan menjadikan tandas sebagai salah satu tempat utama untuk dibersihkan malah akan meningkatkan lagi kualiti kehidupan bagi penghuni sekolah tersebut.

Sikap ini membentuk diri para pelajar agar sentiasa menghargai kebersihan tandas walau di mana juga mereka berada dan terus menjadi amalan positif sehingga mereka dewasa.

Alangkah baiknya, jika rakyat negara ini mempunyai sikap seperti orang Jepun yang sangat berdisiplin dan pembersih. Sudah tentu memberikan keselesaan kepada semua orang untuk menggunakan tandas di tempat-tempat awam. Dan alangkah indahnya jika pelajar yang beragama Islam dapat menghayati sendiri ajaran yang Islam yang meletakkan taharah sebahagian daripada iman.

Tiada guna suatu kemajuan itu jika hanya infrastruktur sahaja yang kelas pertama tetapi minda, mentaliti dan akhlak masih kelas ketiga. Untuk membangunkan infrastruktur kelas pertama tidaklah sukar, namun hendak membangunkan minda, mentaliti dan akhlak kelas pertama tidaklah semudah membangunkan infrastruktur kelas pertama. Marilah kita mula melentur sikap anak-anak daripada rebung. Mulakannya dengan pendidikan di sekolah.

Semoga perkongsian SGO kali ini memberi manfaat dan teruskan menyokong SGO.

Sumber

http://www.utusan.com.my/rencana/wajibkan-orientasi-tandas-sekolah-1.432900

Making the most of Asia’s aging populations