Bila sesuatu berlaku, sungguh laju gurulah yang dipersalahkan. Hati hati nanti tak berkat ilmu anak anakmu.

Bila Sesuatu Berlaku, Sungguh Laju Gurulah yang Dipersalahkan. Hati Hati Nanti Tak Berkat Ilmu Anak Anakmu.
Assalamualaikum para guru semua.
Nak kata berderau bila baca post macam ini ada jugak. Tapi sebenarnya perasaan terkesima itu lebih tepat bila ada saja mak atau ayah yang mulut tiada insurans seperti ni.
Cikgu zaman sekarang ni menyusahkan???”
Cikgu sekarang tak boleh rotan pelajar.
Cikgu sekarang tak boleh mendenda pelajar.
Cikgu sekarang tak boleh meninggikan suara kepada pelajar?
Soalnya, apa yang cikgu boleh buat nak didik anak anak semua di sekolah kalau semua tak boleh?
Yelah kalau semua tak boleh tak apa. Tapi masalahnya kejayaan anak nak cemerlang dengan jayanya. Anak anak pula berharap menjadi seseorang yang menghormati orang lain, ibu bapa, menjaga maruah diri dan semua sifat sifat yang mulia.
Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Permata berlian itu amat berharga dan paling mahal dari segala bahan logam lain sebab nya dia diproses, dimesin, dan dikenakan tekanan tinggi. Begitu juga manusia. Ada yang asalnya sudah baik. Ada pula yang cenderung nak lakukan kesalahan. Kalau ada masa itulah tugas guru ni mendidik anak anak kita.
Walaupun ‘screenshot’ dari laman Facebook di atas bukanlah ditujukan kepada admin SGO yang merupakan salah seorang dari para guru di Malaysia, namun kami faham yang kata kata ini cukup lepas dan mengguriskan hati seorang guru ni.
Wahai ibu bapa, dengarlah isi hati kami. Kami punyai keluarga. Kami punyai maruah. Kami punyai tanggung jawab. Kami juga menggalas tugas seikhlas hati kami untuk didik anak anak kamu. Jangan cepat sangat menuding jari ke arah guru.
Selidiklah anakmu. Sayangilah anakmu tetapi tanamkan lah sedikit ragu sekiranya sesuatu itu agak ragu ragu. Ingatlah yang anak anak ini ada juga mewarisi sifat ibu bapa. Sebagaimana perbuatan kita seharian, itulah yang mendidik anak anak kamu itu membesar.
Kami guru tiada rugi walau sedikit pun andai kami mengabaikan anak anak kamu. Tetapi atas dasar tugas yang diamanahkan, atas dasar membantu melahirkan generasi berilmu dan bermaruah kami para guru mengorbankan sebahagian hidup kami untuk anak anak kamu.
Guru guru menghalalkan segala ilmu yang diturunkan kepada anak anak pelajar kami selama ini. Walaupun sebahagian mereka sudah buat buat tidak mengenali guru mereka apabila terserempak di luar sekolah.
Apa pandangan guru guru semua ? Agak agak guru dia ke yang tukar-tukar badan beruniform anak dia tu?
Saya tak rasa guru dia saje saje nak tukar badan beruniform. Sebab tindakan itu tak menguntungkan mana mana pihak pun dengan pertukaran-pertukaran semacam ini.
Daripada menuding jari, lebih baik kita sama sama menjaga didikan kepada anak anak. Daripada melihat dan mencari kekurangan, kan lebih baik kalau kita sama sama mengisi kekurangan tu dengan kelebihan masing masing. Guru dengan kelebihan guru, ibu bapa dengan kelebihannya sebagai ibu bapa.
Usahlah melenting perkara perkara kecil seperti ni. Nanti tak berkat ilmu anak anak nanti.
Apa pendapat guru guru semua? Setuju tak dengan SGO?
Sekian perkongsian admin SGO kali ini. Sebenarnya kali ni bukan perkongsian. Inilah luahan! Admin SGO sangat sensitif dengan kenyataan tajam ini.
Teruskan menyokong kami di SGO.
Â