Berita Baik: Permohonan Pertukaran Dukalara Akan Dibuka

Assalamualaikum w.bt.t

Perkara yang sentiasa menghantui guru-guru adalah apabila permohonan egtukar dibuka. Ramai guru yang akan  memohon untuk bertukar ke negeri kelahiran masing-masing. Terdapat juga guru yang telah lama berpisah dengan keluarga sendiri semata-mata untuk mendidik anak bangsa.

Mereka yang menunggu permohonan egtukar ini akan sentiasa menjenguh laman web egtukar. Guru pedalaman di sabah sarawak juga akan sentiasa menunggu permohonan ini dibuka.

Guru yang tinggal berjauhan dengan keluarga akan berkali-kali memohon untuk berpindah. Mungkin orang diluar sana tidak merasa apa yang  mereka rasakan. lebih teruk sekiranya berpisah tanpa ada sebarang komunikasi untuk berhubung.

Admin ada menerima berita bahawa permohonan duka lara akan mula dibuka pada 1 Febuari 2017. Kepada semua guru yang tidak sabar untuk memohon pindah ini adalah peluang keemasan. Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu. Tidak salah kalau kita mencuba demi kebaikan keluarga.

Di bawah merupakan surat perkeliling yang menyatakan bahawa permohonan egtukar akan dibuka pada 1 Feb.

Permohonan Pertukaran eG Tukar

Buat Permohonan eG Tukar Segera

Persediaan yang paling penting ialah dengan mengemaskini maklumat di EOPERASI supaya tidak ralat. Maklumat yang tidak lengkap permohonan mereka akan ditolak.

Admin berdoa agar guru-guru yang sangat memerlukan untuk berpindah agar dapat berpindah ke tempat yang diinginkan.

Permohonan eG TUkar

Admin berharap agar benarlah apa yang tertulis di dalam surat ini supaya guru yang berharap itu tidak kecewa. Kepada semua guru sebarkan kepada guru-guru yang lain supaya dapat membantu mereka membuat persediaan.

Terima kasih kerana sentiasa menyokong SGO,