Assalamualaikum w.b.t
Kita sedia maklum bahawa situasi pada hari ini, Â guru-guru tidak boleh mengenakan sebarang hukuman kepada anak mereka. Bagi ibu bapa di luar sana, tugas guru hanya mengajar anak mereka sahaja. Ibu bapa tidak sedar bahawa pembentukan akhlak murid bukan sahaja di rumah tetapi 50% adalah di sekolah.
Seharusnya ibu bapa lebih mengenali perangai anak mereka. Mungkin di rumah anak mereka menunjukkan sifat atau peribadi yang baik. Di sekolah mereka akan bertukar watak. Ibu bapa yang hanya sibuk dengan kerja seharian tidak akan ambil peduli mengenai anak mereka. Ibu bapa cepat melatah apabila anak mereka dipukul. Mereka terus mendakwa guru tersebut tanpa ada sebarang usul periksa terlebih dahulu.
Situasi ini sangat berbeza dengan zaman ibu bapa kita dahulu. Anak-anak takut untuk memberitahu ibu bapa yang mereka telah dipukul oleh guru. Hal ini kerana ibu bapa akan memukul kembali kerana  yakin bahawa guru pukul kerana bersebab.
Namun yang demikian, masih ada ibu bapa yang sedar bahawa kejayaan anak bergantung kepada guru. Sinar Harian bertarikh 28 Januari 2017 telah menyiarkan berita seorang bapa menyerahkan rotan kepada pengetua sebagai simbolik memberi amanah membimbing anaknya menjadi cemerlang.
Bapa kepada Al Khawarizmi berbuat demikian bagi memberi kebebasan kepada pihak sekolah untuk mengenakan hukuman sewajarnya sekiranya anaknya melanggar peraturan sekolah atau tidak menumpukan perhatian ketika belajar.
Tindakan bapanya ini menunjukkan dia memandang tinggi tugas seorang guru meskipun kebelakangan ini ramai ibu bapa bersikap prejudis terhadap tenaga pengajar di sekolah. Masih ramai melihat guru sebagai insan dipertanggungjawabkan untuk memastikan kejayaan pelajar menjadi seorang murid cemerlang dan membantu mengurangkan masalah disiplin bagi membentuk sahsiah diri yang baik.
“tidak ada guru dengan sengaja mahu menghukum anak-anak murid tanpa sebab. Semua tindakan pasti ada alasan. Lagipun, murid-murid hari ini tidak sama dengan murid-murid zaman dahulu.”  Kata pengetua Sekolah Menengah (SM) Teknik Bukit Piatu.
Tindakan ibu bapa Al Khawarizmi sangat benar kerana anak mereka merupakan salah seorang pelajar cemerlang apabila mendapat keputusan cemerlang 8A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun lalu.
Ibu bapa di luar sana seharusnya menjadikan tindakan ini sebagai contoh. Jangan sesekali salahkan guru sekiranya anak tidak berjaya. Kerjasama guru dan ibu bapa sangat penting bagi memastikan anak-anak berjaya.
Kredit kepada Sinar Harian.
SGO mengucapkan terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.