Bahaya Share Boarding Pass ke Facebook Jangan Sampai Terkena Baru Menyesal

Bahaya Share Boarding Pass ke Facebook Jangan Sampai Terkena Baru Menyesal
Bahaya Share Boarding Pass ke Facebook Jangan Sampai Terkena Baru Menyesal

Assalamualaikum.

Bila bercakap tentang boarding pass pastinya ramai yang sudah melihatnya kerana untuk menaiki pesawat pastinya kita memerlukan boarding pass. Pengalaman admin sendiri, sebagai seorang guru yang bertugas di Sarawak satu ketika dahulu memang pengalaman yang bermakna untuk berulang alik dari Sarawak ke Semenanjung menaiki kapal terbang.

Semestinya anda sendiri mempunyai pengalaman tersendiri bukan? Namun persoalannya, pernah tak anda share gambar boarding pass di Facebook?

Kalau jawapan anda TAK, maka anda selamat. Namun jika Ya, maka anda sebenarnya meletakkan diri anda disituasi yang kurang enak pada ketika itu. Kenapa?

Bahaya Upload atau Share Gambar Boarding Pass di Facebook

Menurut Adam Rodriguez, seorang blogger kembara, tindakan ini sebenarnya boleh membahayakan diri sendiri. Nak tahu kenapa?

Mari admin kongsikan secara ringkasnya disini.

Pertamanya adakah anda tahu bawaha terdapat info atau butiran tentang nombor pesawat dan rekod lokasi di setiap boarding pass untuk mana-mana syarikat penerbangan? Ok, cuba anda periksa boarding pass anda sekarang.

Tahukah anda, jika maklumat ini jatuh kepada individu yang berniat jahat, ia boleh menimbulkan huru-hara dan pelbagai masalah kepada anda. Tapi bagaimana?

Berdasarkan maklumat ini iaitu maklumat yang tertera di boarding pass anda, seseorang boleh menghubungi syarikat penerbangan dan menyamar menjadi anda. Dan ini beberapa kemungkinan yang mungkin boleh berlaku seterusnya kepada anda:

  • Dia boleh membuat panggilan palsu ke syarikat penerbangan, kononnya anda ingin membatal atau menukar flight. Akhirnya, anda tidak boleh terbang langsung. Ia macam panggilan hangit, tapi lebih parah.
  • Lebih teruk lagi, dia boleh membuat tuduhan palsu mengatakan anda membawa senjata, dan sekaligus meminta syarikat penerbangan menghalang kamu daripada menaiki pesawat. Tidak semena-mena anda dituduh sebagai seorang pengganas.
  • Bukan itu saja, dia juga boleh mendapatkan maklumat peribadi kamu seperti alamat, tarikh lahir, nombor keahlian penerbangan dan sebagainya, bergantung kepada maklumat yang anda berikan kepada syarikat penerbangan.
  • Apa perasaan anda tiba-tiba saja kata laluan anda ditukar tanpa pengetahuan anda?  Lebih malang lagi, kata laluan anda juga mungkin boleh digodam dan ditukar kepada yang baru. Jadi, anda langsung tidak mempunyai akses ke akaun anda.

Jadi secara ringkasnya, tiada halangan jika anda nak muat naik gambar boarding pass di laman sosial tetapi pastikan nombor pesawat dan rekod lokasi tidak didedahkan.

Yang dah lepas, kita perbaiki semula. Lain kali pastikan kita tidak lagi membuat kesilapan yang sama. Jadikan ini pengajaran buat kita. Jangan sampai sudah terkena baru menyesal!

Kongsikan artikel ini ke wall anda supaya lebih ramai mengetahui tentangnya.

Jangan lupa sertai telegram SGO di https://telegram.me/sistemguruonline