Bina Sekolah Lebih Tinggi??? Wajarkah???

Assalamualaikum w.b.t
Sebaik tiba sahaja musim
tengkujuh, pasti semua penduduk akan resah gelisah kerana bimbang dengan
fenomena banjir. Saban tahun banjir akan melanda sesetengah kawasan di Negeri
Terengganu dan Kelantan. Hal ini juga, menjadi kebimbangan ibu bapa, guru dan murid kerana sekolah juga terlibat dengan fenomena banjir. Sekiranya banjir,
murid-murid terpaksa tangguhkan sesi persekolahan. Kerosakan harta benda di
sekolah juga memberi kerugian yang besar kepada sekolah.
Utusan Online bertarikh 8 Ja, menyiarakan seorang guru besar mengesyorkan supaya kerajaan membina bangunan
sekolah yang lebih tinggi bagi mengelak kerugian berulang akibat banjir apabila
pelbagai peralatan sekolah perlu diganti saban tahun. Persoalan disini wajarkah
cadangan ini???
                                                           Keadaan PDP ketika banjir
Berapakah kos yang akan diperlukan untuk membina sekolah baru??? Adakah
isu banjir ini akan selesai??
 
 
Lebih baik sekiranya guru besar
lebih peka dan mengambil langkah berjaga-jaga sebelum berlaku banjir. Jika setiap tahun banjir, kenapa tidak membuat persiapan awal??? Angkat dan simpan
semua peralatan penting ditempat yang lebih tinggi atau lebih selamat. Adakah ini lebih baik dan menjimatkan kos???
Sudah pasti persoalan seperti “penatlah
kami setiap tahun kemas barang??”

“Penatlah kami setiap tahun susun barang??”  Persoalan seperti
ini tidak perlu bermain dibenak guru-guru dan ibu bapa. Hal ini kerana “berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing perlu dipraktikkan. Ibu bapa, guru dan murid
perlu bekerjasama dalam mengatasi masalah ini. Kerja yang berat pasti akan
menjadi ringan. Jika dilihat sekiranya banjir kerahan tenaga pasti akan berlaku
juga. Namun, sekiranya langkah awal diambil, sekurang-kurangnya harta benda
sekolah dapat diselamatkan.
Selain itu, pihak kerajaan perlu
mencari punca sebenar berlakunya banjir dan cara untuk mengatasi masalah ini.
Pasti ada jalan penyelesaian. Adakah banjir disebabkan saliran perparitan yang
tidak baik?? Adakah banjir disebabkan kemusnahan alam sekitar??? Adakah
disebabkan sampah sarap?? Adakah disebabkan oleh kesan pembangunan yang semakin
tinggi???
Kerajaan sepatutnya lebih peka.
Saban tahun berlaku banjir. Namun apa tindakan yang dilakukan?? Adakah tindakan
sewajarnya diambil?? Adakah 100% guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sahaja
yang perlu memikirkan dan mengambil tindakan???
Sekiranya kerajaan telah
mengambil tindakan, kenapakah isu ini tidak pernah selesai?? Sekurang-kurangnya
ada cara bagaimana mahu menyelamatkan barang-barang sekolah daripada dimusnahkan
oleh banjir. Bila berlaku banjir, baru mahu turun padang. Setiap tahun seperti
ini.
Disebabkan banjir ini, murid
tidak dapat meneruskan sesi persekolahan. Sekolah terpaksa ditutup kerana
persekitaran yang tidak selamat digunakan. Peralatan sekolah juga turut rosak
dan tidak dapat digunakan. Masa yang lama diperlukan untuk mengembalikan
keadaan seperti asal.
Oleh yang demikian, semua pihak
disini harus bertanggungjawab. Jangan sekadar menunding jari mencari kesalahan
orang lain. Cadangan dan idea perlu diberikan dari semasa ke semasa bagi
memastikan masalah ini dapat dibendung. Ketepikan soal politik. Bekerjasama
adalah lebih elok bagi memastikan semua pihak mendapat kebaikan. Bukan mengejar
siapa yang lebih prihatin. Jika semua pihak bekerjasama pasti masalah ini dapat
diselesaikan dengan baik.

 

Sekian pandangan daripada SGO.
Teruskan menyokong kami.
Kredit kepada Utusan Online.