APDM: “saya bukan robot” tetapi “cikgu adalah robot”…

"saya bukan robot" tetapi "cikgu adalah robot"...
APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid
APDM: “saya bukan robot” tetapi “cikgu adalah robot”…

Assalamualaikum w.b.t

Kerja rutin harian guru kelas ialah mengemaskini kehadiran murid dalam sistem Aplikasi Pangakalan Data Murid APDM. Sebelum mengemaskini di APDM, guru kelas perlu mengemaskini kehadiran di dalam terlebih dahulu. Setelah itu, barulah dapat mengisi data kehadiran ke dalam APDM.

Pengisian kehadiran di dalam APDM ini telah menambah beban guru. Belum habis isu ini, timbul pula isu baru iaitu guru rimas kerana perlu membuat pengesahan bahawa saya bukan robot pada setiap kali mahu masuk APDM. Setiap hari perlu membuat pengesahan seperti ini. Apakah tujuan sebenarnya???

APDM Tidak Mesra Pengguna?

Kementerian Pendidikan Malaysia KPM mungkin menambah tahap keselamatan untuk login APDM tetapi hal ini telah membuatkan guru bertambah rimas dan mula rasa terbeban.

Pengisian kehadiran online ini ada baiknya kerana kehadiran dikemaskini setiap hari dan semua pihak dapat membuat semakan termasuk Ibu bapa. Persoalannya disini, walaupun sudah mempunyai APDM tetapi guru masih perlu merekod kehadiran murid secara manual dan setiap hari perlu melaporkan kepada PK HEM.

Tidak cukup dengan itu, kadang-kadang PPD setiap masa bertanya mengenai kehadiran murid. APA KEGUNAAN APDM INI SEBENARNYA???? MACAM TIADA FUNGSI SAHAJA. Seharusnya, pihak atasan dapat mencari maklumat kehadiran di APDM.

Selain itu, tugas guru juga makin bertambah. Sekiranya guru mempunyai waktu mengajar pada waktu pagi, guru tidak sempat untuk kemaskini kehadiran. Bertambah rumit lagi apabila waktu pagi, masa mengajar penuh.

Seharusnya, ada seorang kerani yang membantu guru mengisi sistem ini. Hal ini kerana bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran guru dapat dijalankan dengan lebih berkualiti. Semua sedia maklum bahawa KPM sendiri mementingkan MMI (Melindungi Masa Instruktional).

Namun guru masih dibebankan dengan tugas seperti ini. Bagaimana guru dapat menjaga kualiti pengajaran dan pembelajaran???

Bagi guru di pedalaman pula, capaian internet sangat perlahan. Masa dihabiskan dengan menunggu membuka sistem sahaja. Bagaimana guru mahu kemaskini kehadiran kalau membuka sistem pun tidak dapat. Guru menjadi bertambah rimas apabila guru perlu mengesahkan saya bukan robot. Sebelum membuat sesuatu aplikasi, KPM seharusnya memikirkan kebaikan dan keburukan sesuatu aplikasi online kepada sekolah pedalaman dan sekolah bandar. Seharusnya, KPM perlu membuat penambahbaikkan terhadap capaian internet sebelum menyuruh guru membuat kerja-kerja online. Kerajaan banyak menghabiskan duit membayar kepada syarikat menguruskan internet tetapi masalah capaian internet perlahan tidak dapat diselesaikan.

Aplikasi Pangkalan Data Murid ini sebenarnya bagus tetapi cara pelaksanaanya yang tidak betul. KPM perlu memikirkan jalan penyelesaian bagi mebendung masalah ini. Pengambilan seorang pekerja bukan guru adalah cara yang terbaik bagi membantu guru mengemaskini data online. Tindakan ini perlu dilakukan dengan segera bagi memastikan tugas hakiki seorang guru menjadi lebih berkualiti.

Terima Kasih kerana sentiasa menyokong SGO.