Dato’ Seri Mahdzir Khalid telah memuat turun satu kenyataan di dalam facebook beliau mengenai “menangani kerencaman tugas guru di sekolah”. Di sini admin ingin memberi sedikit komen mengenai apa yang telah diutarakan.
1. Kementerian Pendidikan Malaysia KPM
telah membuat ketetapan bahawa aplikasi yang wajib diuruskan oleh guru kelas dan guru akademik biasa adalah :
telah membuat ketetapan bahawa aplikasi yang wajib diuruskan oleh guru kelas dan guru akademik biasa adalah :
- Aplikasi Pengkalan Data Murid APDM
- Pentaksiran Berasaskan Sekolah (offline)
2. Aplikasi
Operasi sekolah yang lain seperti Sistem Pengurusan Sekolah EMIS dan Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) akan dilaksanakan oleh guru yang dilantik seperti Guru Data dan Setiausaha Peperiksaan. Begitu juga dengan eOperasi Modul Pengurusan Guru di sekolah.
Operasi sekolah yang lain seperti Sistem Pengurusan Sekolah EMIS dan Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) akan dilaksanakan oleh guru yang dilantik seperti Guru Data dan Setiausaha Peperiksaan. Begitu juga dengan eOperasi Modul Pengurusan Guru di sekolah.
Disini dimanakah pengurangan kerja tugas guru telah dilaksanakan. Guru kelas dan guru akademik biasa juga merupakan guru. Pelbagai tugas lain yang lebih penting perlu dilaksanakan oleh guru. Belum lagi dilihat di sekolah yang kurang murid. Guru yang sedikit tetapi kerja yang sama dengan sekolah di Bandar yang perlu di buat. Seorang guru mendapat tugas melebihi daripada tujuh tugas. Bagaimana guru mahu membuat persediaan mengajar sekiranya beban guru bertambah dengan kerja-kerja seperti ini.
Penggunaan istilah guru akademik biasa yang tidak tepat. Jika dilihat Setiausaha Peperiksaan juga di kalangan guru akademik biasa. Hanya pentadbir, guru media, kaunselor dan beberapa guru lain sahaja yang luar norma (bukan guru akademik biasa) yang diberi kelebihan kurang waktu mengajar . Di sekolah yang kecil atau pedalaman, guru luar norma tidak boleh diberikan masa yang sedikit kerana kekurangan guru apatah lagi guru akademik biasa??
Disini, dapat kita lihat Menteri sendiri tidak tahu siapa guru akademik biasa dan siapa guru luar norma. Bagaimana masalah bebanan kerja guru dapat dikurangkan?? Merangka sesuatu tanpa menilai kesan kepada sekolah di Bandar dan di luar Bandar. Mungkin Menteri sendiri fikir semua sekolah di Malaysia ini sudah maju dan canggih atau semua guru di setiap sekolah sama jumlahnya?? Mungkin menteri sendiri tidak tahu walaupun sekolah kecil, tugas guru tidak berkurang tetapi tetap sama dengan sekolah yang besar.
Kesimpulannya disini, apa yang di utarakan ini sedikit tidak menyelesaikan masalah kerencaman tugas guru. Cara yang lain perlu difikirkan. Antara menarik admin ialah :
Wujudkan Penjawatan yang bukan guru untuk lakukan kerja-kerja rencam ini. Sebagai
contoh, di hospital ada pegawai yang mendaftar pesakit. Cuba bayangkan sekiranya doctor sendiri yang mendaftarkan pesakit, mengambil barang di stor, mengambil peralatan adakah doktor itu dapat membuat kerja dengan baik??
contoh, di hospital ada pegawai yang mendaftar pesakit. Cuba bayangkan sekiranya doctor sendiri yang mendaftarkan pesakit, mengambil barang di stor, mengambil peralatan adakah doktor itu dapat membuat kerja dengan baik??
Sekiranya doktor menyelamatkan nyawa manusia, GURU PULA MEMBENTUK PELAPIS NEGARA.
Bukankan kedua-dua kerjaya ini penting??? Mengapa kerja guru tidak dikurangkan bagi memastikan kualiti Pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan.
SGO mewakili semua guru memohon agar KPM lebih peka dengan bebanan tugas guru. Masalah ini telah lama timbul, namun tiada jalan penyelesaian. Apa yang berlaku BEBANAN GURU MAKIN DITAMBAH OLEH KPM.
Mungkin diluar sana kecam guru menyatakan waktu guru bekerja tidak seperti kerjaya lain. Admin cabar mereka untuk menjadi guru. Rasa sendiri apa yang kami rasakan sekarang. KEMBALIKAN TUGAS HAKIKI KAMI IAITU MENGAJAR seperti sistem pendidikan yang terdahulu.
Teruskan menyokong SGO. Admin sentiasa perihatin dengan masalah guru.