Rancangan Pengajaran Tahunan Sejarah Tahun 6 2017

rpt rancangan pengajaran tahunan 2017
rpt rancangan pengajaran tahunan 2017

Rancangan Pengajaran Tahunan Sejarah Tahun 6 2017. Penyediaan rancangan pengajaran memerlukan ketelitian dan kreativiti guru. Proses ini boleh dilakukan secara berkumpulan di dalam panitia mata pelajaran masing-masing. Model perancangan yang sesuai seperti plan, do, check and  act boleh digunakan sebagai garis panduan penyediaan rancangan pengajaran.

Plan (Rancang)

Aktiviti pengajaran yang dirancang dengan rapi dan sistematik dapat mengelakkan pelaksanaan secara ad-hoc. Guru tidak boleh meniru aktiviti pengajaran daripada rakan-rakan lain semata-mata. Guru perlu menyemak Sukatan Pelajaran sesuatu mata pelajaran disamping menjadikan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) sebagai panduan untuk merancang aktiviti pengajaran yang lebi kreatif dan inovatif. Rujuk HSP supaya semua kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang murid telah dicakupi dalam perancangan pengajaran masing-masing.

Do (Buat)

Setelah perancangan dihasilkan, guru mesti melaksanakan dengan sepenuhnya. Peringkat ini adalah paling penting dan kritikal kerana dapat menentukan kejayaan setiap perancangan.

Check (Semak)

Semakan perlu dilakukan oleh guru-guru supaya perancangan yang telah dilakukan mencapai objektifnya. Kemungkinan objektif perlu dibuat penambahbaikan supaya sesuai dengan murid dan persekitaran pembelajaran. Kaedah penilaian juga begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran, oleh itu, semakan perancangan dapat menambah baik lagi aktiviti penilaian yang telah dirancang supaya mencapai objektif seperti terkandung dalam sukatan pelajaran. Pentadbir sekolah sebagai pemimpin instruksional perlu memantau setiap perancangan pengajaran yang telah disediakan oleh guru. Sebagai pentadbir, mereka perlu memberikan pandangan dan nasihat kepada guru supaya mematuhi setiap perancangan yang telah dibuat sebelumnya.

Act (Bertindak)

Tindakan yang seharusnya diambil oleh setiap guru adalah apabila mendapati perancangan yang telah dibuat tidak mencapai sasaran atau wujud kelemahan. Oleh itu, panitia mata pelajaran seharusnya memainkan peranan yang penting bagi membuat tindakan susulan terhadap kelemahan dan kekurangan dalam perancangan yang telah dibuat. Apa yang berlaku di sekolah ialah tindakan ini tidak berlaku, malah proses menyemak sama ada perancangan yang telah dibuat juga tidak dilaksanakan. Perancangan pengajaran yang digunakan oleh guru adalah perancangan yang telah dibuat sekian lama dan digunakan berterusan dengan menukar tarikh sahaja.

Dapatkan RPT Rancangan Pengajaran Tahunan

Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Tekan link untuk download.

RPT Sejarah Tahun 6 2017

Antara kepentingan RPH ialah, pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran sebab jadual waktu pengajaran bagi setiap mata pelajaran adalah begitu terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan membantu guru menguruskan masa dengan lebih cekap.

Selain itu, aktiviti pengajaran yang telah disusun dalam RPH membantu guru menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan mudah. Penyusunan sub topik daripada mudah ke sukar membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dengan mudah dan jelas.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum
Tuliskan Sesuatu. Tinggalkan Komen Anda.