Rancangan Pengajaran Tahunan Sains Tahun 2 2017

rpt rancangan pengajaran tahunan 2017
rpt rancangan pengajaran tahunan 2017

Rancangan Pengajaran Tahunan Sains Tahun 2 2017. Sesuatu perancangan itu amat memainkan peranan penting terutamanya dalam bidang perguruan. Mungkin ada yang mengatakan kegagalan merancang pengajaran mengakibatkan murid tidak mencapai apa yang sepatutnya dicapai adalah lebih teruk jika dibandingkan dengan kegagalan seorang jurutera dalam merancang sesuatu projek.

Setiap daripada  insan yang bergelar seorang guru amat menyedari bahawa setiap pengajaran yang bakal dilaksanakan perlulah melalui proses perancangan terlebih dahulu. Tidak kira sama ada guru tersebut telah berpengalaman lama mahu pun guru yang baru, perlulah membuat perancangan yang teliti untuk mencapai kejayaan dalam pengajarannya seterusnya dapat mencapai objektif sesuatu kurikulum.

Rancangan Tahunan adalah berdasarkan takwim minggu persekolahan. Rancangan Pengajaran Tahunan ini perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum sesi persekolahan bermula yang mana ianya berfungsi sebagai panduan bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan ini perlu dibuat untuk tempoh satu tahun bagi satu-satu mata pelajaran

Dapatkan RPT Rancangan Pengajaran Tahunan

Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Tekan link untuk download.

Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang positif kepada pembelajaran pelajar. Melalui perancangan pengajaran yang teliti, guru dapat menentukan jarak, urutan dan penekanan kepada isi setiap pelajaran. Topik – topik yang penting dalam peperiksaan akan diberikan keutamaan oleh guru dan diberi penerangan dengan lebih teliti.

Perancangan juga akan memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru sepanjang setahun memberi kesan yang bermakna kepada guru dan pelajar. Ini dapat memberi panduan kepada guru agar dapat menggunakan masa yang diperuntukkan dengan lebih teratur. Menyusun atur masa dengan tepat juga dapat memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada masa yang telah ditetapkan mengikut perancangan.

Melalui perancangan pengajaran, guru juga dapat menyediakan bahan – bahan pengajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran mengikut minat dan kebolehan pelajar. Isi kandungan dan bahan yang hendak disampaikan perlu lengkap dan menepati kehendak sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum