
Assalamualaikum w.b.t
Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Islam Tahun 1 2017. Perancangan pengajaran perlu dilakukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan lancar tanpa gangguan dan guru perlu merancang dalam pengajaran dengan baik. Hasil kajian mendapati punca kegawatan tingkah laku pelajar, prestasi rendah pelajar di sekolah-sekolah adalah berpunca daripada pengajaran tidak dirancang dengan baik dalam bilik darjah.
Kemahiran dan kecekapan guru dalam perancangan menguruskan bilik darjah akan dapat menghindari pengajaran dan pembelajaran yang tidak efektif. Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah pemangkin kepada kecemerlangan murid bagi melahirkan modal insan yang seimbang daripada segi intelek, rohani dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Penyediaan rancangan pengajaran memerlukan ketelitian dan kreativiti guru. Proses ini boleh dilakukan secara berkumpulan di dalam panitia mata pelajaran masing-masing. Model perancangan yang sesuai boleh digunakan sebagai garis panduan penyediaan rancangan pengajaran.
Dapatkan Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Islam Tahun 1 2017
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Tekan link untuk download.
Penyediaan RPH dalam kalangan guru dapat mengelakkan penyelewengan atau terkeluar daripada topik atau sub topik semasa pengajaran dilakukan. Oleh kerana pengalaman dan penguasaan isi kandungan guru adalah berbeza antara satu sama lain maka dengan adanya RPH, persamaan daripada segi maklumat yang disampaikan akan dapat dilakukan.
Guru dapat menggunakan kreativiti masing-masing semasa merancang aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan. Siri aktiviti yang dirancang ini akan membolehkan perubahan tingkah laku dan penguasaan isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan.
Objektif atau hasil pembelajaran yang telah dirancang dalam RPH menjadikan pengajaran dan pembelajaran sentiasa tertumpu dan guru dapat melaksanakan penyampaian maklumat dan isi kandungan dengan lebih tersusun dan berfokus.
Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua yang terus menyokong SGO. Sekiranya guru mempunyai sebarang bahan yang mahu dikongsikan kepada semua guru boleh salurkan kepada SGO dan SGO akan kongsikan kepada semua guru-guru dan ibu bapa di luar