Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 1 2017

rpt rancangan pengajaran tahunan 2017
rpt rancangan pengajaran tahunan 2017

Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 1 2017. Rancangan Pengajaran Tahunan adalah berdasarkan takwim minggu persekolahan. Rancangan Pengajaran Tahunan ini perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum sesi persekolahan bermula dimana ia berfungsi sebagai panduan bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan ini perlu dibuat untuk tempoh satu tahun bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh setiap guru.

Rancangan Pengajaran Tahunan merangkumi skop berikut :

· Kemahiran bagi setahun.
· Senarai kemahiran-kemahiran.
· Skop pelajaran yang perlu , untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.
· Rujukan sukatan pelajaran.

Rancangan Pengajaran Tahunan adalah sebagai satu panduan yang menyeluruh kepada semua guru dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Disamping itu RPT dapat mencegah daripada berlakunya pemesongan topik dalam  sesuatu pengajaran demi mencapai matlamat mata pelajaran tertentu.

Penyediaan RPT juga bertujuan untuk memastikan susunan topik-topik dalam sesuatu mata pelajaran teratur mengikut perkembangan dan kebolehan murid. Penyediaan RPT memudahkan guru pengganti menggambil alih  tugas guru yang sebelumnya untuk meneruskan pengajaran.

Dapatkan Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 1 2017

Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Tekan link untuk download.

  • Download RPT MatematikTahun 1 2017
Selain itu Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 1 2017 juga menjadi panduan kepada guru untuk menyelaras dan menyediakan soalan ujian bulanan dan peperiksaan. Guru dapat menyemak topik yang telah diajar dan topik yang akan diajar dengan lebih mudah sekiranya RPT disediakan dengan jelas dan lengkap.
Aktiviti pengajaran yang dirancang dengan rapi dan sistematik dapat mengelakkan pelaksanaan secara ad-hoc. Guru tidak boleh meniru aktiviti pengajaran daripada rakan-rakan lain semata-mata.
Guru perlu menyemak Sukatan Pelajaran  sesuatu mata pelajaran yang telah disediakan oleh KPM disamping menjadikan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) sebagai panduan untuk merancang aktiviti pengajaran yang lebi kreatif dan inovatif. Rujuk HSP supaya semua kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang murid telah dicakupi dalam perancangan pengajaran masing-masing.
Akhir kata, terus menyokong SGO dan kongsikan bahan-bahan guru kepada kami. Kami akan cuba kongsikan kepada semua guru di luar sana.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum