Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 2 2017

rpt rancangan pengajaran tahunan 2017
rpt rancangan pengajaran tahunan 2017

Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 2 2017 merupakan satu bahan yang perlu ada bagi setiap guru dalam merancang pengajaran harian. Kenapakan rancangan pengajaran tahunan ini penting? Hal ini adalah kerana segala kandungan pembelajaran terkandung di dalam rancangan pengajaran tahunan.

Rancangan pengajaran harian penting bagi memastikan kandungan yang diajar tidak lari daripada objektif yang hendak di capai. Guru perlu merancang dengan baik aktiviti yang mahu dijalankan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna.

Masa juga dapat digunakan secara optimum kerana langkah-langkah dalam aktiviti telah dirancang dan setiap langkah itu telah diperuntukkan masa. Oleh yang demikian, guru tidak mempunyai masalah tidak cukup masa sekiranya merancang dengan baik kecuali jika terdapat ramai yang tidak faham dengan topik yang diajarkan.

Guru juga dapat merancang bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan bagi setiap aktiviti yang dirancang. Bahan-bahan boleh disediakan sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan kerana segala aktiviti telah dirancang dengan sempurna. Jika sebaliknya, guru akan mengalami masalah sekiranya sesuatu topik itu perlu bahan bantu mengajar seperti gambar atau kertas.

Dapatkan Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 2 2017

Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Dengan adanya rancangan yang sempurna guru tidak akan stress dalam menyampaikan ilmu kepada murid. Guru akan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sempurna.
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa mahukan guru-guru melakukan kerja dengan lebih teratur agar dapat mengatasi masalah stress. Guru-guru perlu tahu dan faham apakah tanggungjawab guru yang utama. Guru perlu pastikan murid dapat mempelajari sesuatu setiap kali masuk ke dalam kelas.
Sekiranya guru-guru mempunyai bahan yang menarik mahu dikongsikan kepada semua guru-guru dan ibu bapa di luar sana, boleh salurkan kepada SGO. SGO akan cuba sedaya upaya akan kongsikan kepada guru di luar sana.
Akhir kata, SGO mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus menyokong SGO. SGO sangat menghargai setiap apa yang dilakukan oleh semua guru dan ibu bapa.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum