Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Tahun 2 2017

rpt rancangan pengajaran tahunan 2017

Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Tahun 2 2017 merupakan perancangan tahunan untuk syylabus yang perlu diajar. Guru wajib menyediakan rancangan pengajaran tahunan ini. Daripada rancangan tahunan ini guru dapat membuat rancangan pengajaran harian.

Rancangan pengajaran harian guru perlu dibuat sebelum pengajaran dan pembelajaran berlaku. Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan

Antara kepentingan rancangan pengajaran harian ini ialah bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Guru perlu memikirkan apa aktiviti yang perlu dilakukan sesuai dengan objektif yang hendak di capai. Sekiranya guru tidak membuat persediaan awal sudah pasti guru tidak dapat menjalankan pengajaran dengan sempurna dan memberi kesan kepada objektif yang hendak dicapai.

Selain itu, keyakinan guru juga akan lebih tinggi untuk mengajar. Guru akan tahu apa yang perlu dilakukan di dalam kelas. Bahan-bahan ABM juga sudah tersedia dan kesannya pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lancar. Jika sebaliknya, guru-guru tidak tahu apa aktiviti yang sesuai dijalankan di dalam kelas.

Dapatkan Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Tahun 2 2017

Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Tekan link untuk download.

Kementerian Pendidikan Malaysia sangat menekankan bahawa RPT perlu dibuat bagi memastikan guru mempunyai tujuan ketika masuk ke dalam kelas. Segala aktiviti perlu dirancang mengikut kaedah abad ke21. Banyak kaedah yang boleh digunakan di dalam kelas yang pasti akan membuatkan murid lebih gembira untuk belajar.
Guru-guru boleh bukukan rancangan pengajaran tahunan ini atau diletakkan di dalam fail supaya lebih mudah untuk dirujuk. Ini dapat memudahkan guru melakukan rancangan pengajaran sekiranya semua bahan telah tersedia.
Guru-guru yang mempunyai bahan boleh kongsikan kepada SGO. SGO akan kongsikan kepada semua guru di luar sana. Perkongsian daripada semua guru dapat membantu guru-guru yang bermasalah dalam mencari bahan. Guru-guru boleh dapatkan rancangan pengajaran tahunan bahasa melayu tahun 3 juga di SGO.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum