
Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Tahun 1 2017. Rancangan pengajaran tahunan merupakan bahan yang perlu ada pada semua guru di sekolah. Guru perlu sediakan sebelum sesi persekolah bermula. Guru perlu membuat mengikut syylabus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajaran Malaysia.
Rancangan Pengajaran tahunan ini merupakan rujukan kepada guru untuk membuat rancangan pengajaran harian. Semua guru sedia maklum bahawa setiap waktu pengajaran dan pembelajaran perlu mempunyai perancangan harian. Guru perlu membuat sebelum masuk ke dalam kelas.
Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian
Penyediaan RPH dalam kalangan guru dapat mengelakkan penyelewengan atau terkeluar daripada topik atau sub topik semasa pengajaran dilakukan. Oleh kerana pengalaman dan penguasaan isi kandungan guru adalah berbeza antara satu sama lain maka dengan adanya RPH, persamaan daripada segi maklumat yang disampaikan akan dapat dilakukan.
Guru dapat menggunakan kreativiti masing-masing semasa merancang aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan. Siri aktiviti yang dirancang ini akan membolehkan perubahan tingkah laku dan penguasaan isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan.
Objektif atau hasil pembelajaran yang telah dirancang dalam RPH menjadikan pengajaran dan pembelajaran sentiasa tertumpu dan guru dapat melaksanakan penyampaian maklumat dan isi kandungan dengan lebih tersusun dan berfokus.
Pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran sebab jadual waktu pengajaran bagi setiap mata pelajaran adalah begitu terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan membantu guru menguruskan masa dengan lebih cekap.
Aktiviti pengajaran yang telah disusun dalam RPH membantu guru menyampaikan isi kandunag pelajaran dengan mudah. Penyusunan sub topik daripada mudah ke sukar membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dengan mudah dan jelas.
Dapatkan RPT Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Tahun 1 2017Â
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Tekan link untuk download.