Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Inggeris Tahun 6 2017

rpt rancangan pengajaran tahunan 2017
rpt rancangan pengajaran tahunan 2017

Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Inggeris Tahun 6 2017. Rancangan Pengajaran Tahunan atau disebut RPT merupakan satu komponen penting yang perlu disediakan oleh kita sebagai guru di sekolah bila tiba awal tahun. Ini merupakan sesuatu yang wajib sebagai persediaan kita untuk merancang pengajaran sepanjang tahun semasa.

Ianya perlu untuk mencapai kesemua objektif kurikulum dengan merangkumi kesemua topik pengajaran yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang tahun pengajaran.

Kepentingan Belajar Bahasa Inggeris

Setiap individu perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik kerana bahasa ini merupakan bahasa kedua yang digunakan di kebanyakan negara dan merupakan lingua franca masyarakat antarabangsa. Malangnya,majoriti masyarakat luar bandar negara kita tidak fasih berbahasa Inggeris.

Golongan ini tidak membiasakan diri mereka menggunakan bahasa Inggeris dalam percakapan harian kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua. Sesungguhnya, mereka sedar akan penguasaan bahasa Inggeris pada abad kedua puluh ini amat penting kerana faedahnya banyak dan kepentingannya tidak dapat dinafikan.

Antara kepentingan menguasai bahasa Inggeris ialah peluang pekerjaan terbuka luas. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan di seluruh dunia. Jadi, bahasa Inggeris ini diterima dan digunakan oleh semua negara di dunia. Hal ini membuktikan bahawa dengan menguasai bahasa Inggeris, peluang pekerjaan yang terbuka bukan hanya di negara kita malahan juga pada peringkat antarabangsa.

Tambahan pula, pekerjaan merupakan satu keperluan terutamanya semasa kegawatan ekonomi melanda dunia ini. Kita pernah dikejutkan dengan berita isu pengangguran yang semakin meningkat di negara kita, iaitu mencecah angka 80 000 orang. Dengan penguasaan bahasa Inggeris yang mampan, sudah tentu kita tidak akan bermasalah untuk mendapat pekerjaan yang berprestij terutamanya dengan pihak swasta.

Begitu juga dengan bidang profesional yang lain seperti akuantan, doktor, peguam, dan pensyarah. Malahan, ahli-ahli politik, iaitu barisan pemimpin negara turut mrengutamakan bahasa Inggeris kerana bahasa inilah yang digunakan ketika menyampaikan ucapan supaya dapat menyakinkan pemimipin-pemimpin dunia, di samping memperoleh penghormatan dalam arena antarabangsa. Jadi,penggunaan bahasa Inggeris hendaklah dibiasakan sejak kecil lagi seperti kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sekiranya bahasa ini boleh kita kuasai dengan baik, nescaya peluang pekerjaan akan sentiasa menanti.

Dapatkan Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Inggeris Tahun 6 2017

Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Tekan link untuk download.

RPT Bahasa Inggeris Tahun 6 2017

Guru-guru boleh merancang aktiviti mengikut keperluan murid. Aktiviti perlu mengikut pembelajaran abad ke-21. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan bagi memastikan pembelajaran berpusatkan murid berlaku.
Guru-guru boleh sebarkan bahan ini sekiranya bahan ini berguna kepada semua guru-guru dan ibu bapa di luar sana. Sekiranya guru-guru mempunyai bahan yang berguna untuk dikongsikan kepada semua guru di luar sana boleh kongsikan kepada SGO dan SGO akan kongsikan kepada yang lain.
Akhir kata, SGO mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru dan ibu bapa kerana sentiasa menyokong kami dalam memartabatkan pendidikan di Malaysia.
Jangan lupa sertai kami di Telegram | Facebook | Forum