
Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Inggeris Tahun 1 2017 merupakan bahan yang perlu disediakan oleh guru bahasa Inggeris tahun 1. Guru perlu merangka perancangan untuk setahun bagi memastikan semua kandungan pembelajaran dapat di ajar mengikut masa yang telah di tetapkan.
Rancangan tahunan ini guru boleh dapatkan di mana-mana sumber atau membuat sendiri. Perkara penting ialah guru perlu memastikan kandungan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dengan adanya Rancangan Pengajaran, guru boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara sistematik mengikut pemeringkatan yang sesuai.Selain itu, guru dapat menentukan ilmu, kemahiran dan nilai (standard isi kandungan dan standard pembelajaran) yang perlu disepadukan dalam enam tunjang KSSR .
Kepentingan Bahasa Inggeris
Antara kepentingan bahasa Inggeris termasuklah bahasa Inggeris merupakan bahasa utama dalam komunikasi antarabangsa. Hal ini dapat dibuktikan apabila jumlah penutur bahasa Inggeris di seantero dunia mengatasi jumlah penutur bahasa utama lain seperti bahasa Perancis, Sepanyol, Arab, dan Rusia. Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa utama yang digunakan semasa seseorang berkomunikasi dengan bangsa negara lain ialah bahasa Inggeris.
Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja memudahkan kita berhubung dengan dunia luar malah bahasa ini menjamin kelancaran urusan yang melibatkan bangsa negara lain. Misalnya, urusan seseorang dengan bangsa lain akan berjalan dengan lancar sekiranya seseorang itu menguasai bahasa Inggeris dengan sepenuhnya. Sebaliknya, urusan seseorang akan menempuh pelbagai dugaan sekiranya seseorang itu tidak petah dalam bahasa Inggeris. Hal ini jelas menampilkan kepentingan bahasa Inggeris.
Dapatkan RPT Rancangan Pengajaran Tahunan
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Tekan link untuk download.