![]() |
Terbaru! Syarat Kemasukan ke Sekolah Asrama Penuh & MRSM Tahun 2017 di TUKAR Gara-gara Keputusan UPSR 2016 |
Selepas keputusan UPSR 2016 diumumkan dan analisis UPSR 2016 menunjukkan berlaku satu fenomena yang besar dalam sistem pendidikan rendah di Malaysia dimana jumlah pelajar yang mencapai keputusan cemerlang semua A hanyalah 1.11% sahaja seperti dibawah.
Kedah: 280 / 31,976
Perak: 363 / 34,713
Selangor : 1,025 / 87,229
Sarawak: 284 / 41,380
Pahang: 296 / 23,351
Perlis: 45 / 3,805
Terengganu: 271 / 20,341
Pulau Pinang: 399 / 22,215
Sabah: 187 / 43,661
Kelantan : 302 / 30,000
Johor : 671 / 54,678
Negeri 9 : 247 / 16,839
Melaka : 157 / 13,261
Peringkat kebangsaan 1.11% sahaja dapat 6A
Keputusan yang mengejutkan ini bermakna kemasukan ke MRSM dan SBP Tahun 2017 perlu diubah.
Syarat Terbaru Ke MRSM & SBP 2017
Berikut dikongsikan syarat baru dan insyaAllah jika ada update akan admin cuba kongsikan disini. InsyaAllah.
Syarat Kelayakan Baru Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh SBP 2017
Untuk Sekolah Berasrama Penuh, syarat minimun adalah 3A dan 3B. Mahupun
begitu, pemilihan ini tidak bergantung kepada UPSR semata mata, malah
mengambil kira markah PAJSK, Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran
Psikometrik. Oleh itu, bagi murid 6A yang pernah mewakili peringkat
tertinggi pastinya mendapat peluang yang lebih cerah.
Sila baca penerangangan mengenai PAJSK disini.
Bagi memohon ke Sekolah Berasrama Penuh, boleh rujuk di bawah. Buat masa ini ditutup.
Syarat Minima ke SBP 2017
- 3A 3B
Syarat Kelayakan Baru Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara MRSM 2017
dengan jelas berkenaan dengan syarat minimun. Namun, pihak MARA
mengutamakan murid 6A dan dari mereka yang berpendapatan rendah. Rujuk
kenyataan ini.
Menurut Pengarah Komunikasi
Korporat MARA, Nor Hashimi Mahat, pihak MARA akan mengeluarkan
pengumuman rasmi berkenaan syarat ini sebaik sahaja perkara
dimuktamadkan dalam waktu terdekat.“Bagi
kemasukan pelajar baharu Tingkatan Satu sesi 2017, sebanyak 7,500
tempat disediakan di 48 buah MRSM seluruh Malaysia dengan memfokuskan
kepada kelahiran insan cemerlang yang holistik dan berintegriti kepada
negara melalui sistem pendidikan menengah berteraskan ilmu, teknologi
serta nilai-nilai keusahawanan,” katanya.Pada kebiasaannya, syarat utama
kelayakan kemasukan ini adalah mendapat keputusan 6A pada peperiksaan
UPSR dengan keutamaan diberikan kepada pemohon yang berlatarbelakangkan
keluarga berpendapatan rendah.Sementara itu, beliau turut memaklumkan
permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan Satu secara online turut dibuka
semula selama tiga (3) hari bermula 18 hingga 20 November 2016
untuk memberi laluan kepada permohonan baharu serta pengemaskinian
maklumat kepada mereka yang telah memohon.
Permohonan ke MRSM di bawah
ini.
Syarat Minima ke MRSM 2017
- Belum update
Kesimpulan
Pesanan kepada ibubapa dan penjaga, mohon sahaja dahulu di MRSM dan
Sekolah Berasrama Penuh, mana tahu salah satu akan menjadi rezeki
anak-anak anda.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sistemguruonline