![]() |
Tanda-tanda Masalah Pendengaran dalam Kalangan Kanak-Kanak Sekolah Rendah |
Tanda-tanda Masalah Pendengaran dalam Kalangan Kanak-Kanak Sekolah Rendah
Sepertinya ramai yang tahu bahawa pendengaran adalah aset penting buat kita semua termasuklah anak-anak kita yang masih kecil. Namun begitu, bagi anak-anak yang masih kecil adalah mustahil atau sukar untuk mereka menyatakan bahawa mereka mengalami masalah pendengaran melainkan kita sebagai orang dewasa yang perlu mengetahui tanda-tanda bahawa mereka mempunyai masalah pendengarna atau tidak.
Tanda-tanda Masalah Pendengaran
- Pertama, seperti diawalnya tadi, kalau dah nampak ada cecair keluar dari dalam telinga, anak anda mungkin mempunyai ‘jangkitan’ dalam telinga.
- Kedua, anak anda tidak atau kurang bertindakbalas kepada panggilan nama atau arahan yang diberikan.
- Ketiga, anak anda kurang memberi perhatian dalam kelas di sekolah.
- Keempat, kurang melibatkan diri dalam aktiviti dan interaksi sosial dengan rakan sebaya.
- Kelima, pencapaian akademik yang kurang memuaskan, merosot atau lembam.
- Keenam, selalu berkhayal dan menyendiri.
- Ketujuh, tidak atau kurang respons terhadap bunyi kuat atau menonton tv atau dengar radio dengan volume yang kuat.
- Kelapan, kemampuan pertuturan di luar norma kanak-kanak biasa.
- Kesembilan, perlu memanggil berulang kali untuk mendapatkan respons mereka.
- Dan yang terakhir, kerap mengadu kurang pendengaran.
Barangkali 10 gejala ini hanyalah panduan awal. Saya menyarankan kepada ibubapa untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut jika anak anda mempunyai gejala-gejala seperti yang dinyatakan.
‘Anda akan putus hubungan dengan benda jika anda hilang penglihatan tetapi anda akan putus hubungan dengan manusia jika anda hilang pendengaran’. (Hellen Keller)
#BetterEducationBetterHearing
MuhammadRizalMarsudin
Klinikal Audiologist
Hospital Tawau