![]() |
Borang Online Permohonan Kemasukan SBP Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2017 |
Pelajar lepasan tahun enam (6) dan tingkatan tiga (3) bagi sesi persekolahan 2016 sudah tentu akan membuat pilihan terbaik untuk mendapatkan pendidikan selanjutnya.
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia adalah menjadi pilihan utama pelajar cemerlang.
Ini kerana Sekolah berasrama penuh mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan bukan sahaja dalam melahirkan pelajar yang mempunyai akademik yang cemerlang malah dapat melahirkan modal insan yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bersedia mendepani cabaran mendatang.
PERMOHONAN ONLINE SBP FORM 1 / 4 (TINGKATAN 1 / 4) SEKOLAH BERASRAMA PENUH KPM TAHUN 2017
Berikut disediakan ruangan maklumat antaranya berkaitan dengan cara permohonan secara atas talian (online), syarat pemilihan dan kelayakan bagi kemasukan ke sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2017
Permohonan Sekolah Berasrama Penuh 2017 Tingkatan 1 | |
Dibuka | 15 Oktober 2016 |
Ditutup | 15 November 2016 |
Pautan Laman Web Sistem Aplikasi Borang Permohonan Atas Talian (Online) | Sila Klik Sistem Aplikasi Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017 |
Info Dan Panduan Permohonan SBP |
|
Pautan Portal Rasmi KPM | http://www.moe.gov.my |
Tarikh Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 1 tahun 2017 | – |
Pemohon hendaklah mendapat bimbingan daripada ibubapa ataupun guru semasa mengisi borang permohonan online SBP 2017 bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa memasukkan setiap data maklumat yang diperlukan dalam sistem tersebut |
Ini kerana, sebarang kesilapan seperti tidak mengisi maklumat dengan betul dan tepat antara salah satu punca yang boleh menyebabkan permohonan calon untuk ke SBP gagal |
Baca dan fahami dahulu panduan memohon yang disertakan pada laman sistem permohonan adalah langkah terbaik bagi mengelakkan kesilapan |
Sila membuat semakan semula maklumat yang diisi itu dengan teliti sebelum mengesahkan dan mencetak permohonan yang telah dilengkapkan |
Sebarang pengemaskinian seperti untuk membetulkan kesilapan boleh dilakukan sepanjang tempoh permohonan masih dibuka |
Syarat Umum Pemilihan Kemasukan SBP Bagi Tingkatan Satu (1) |
Murid mestilah Warganegara Malaysia |
Dari Sekolah Tahun 6 Kebangsaan |
Memperolehi Keputusan Cemerlang Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) |
Aktif dalam kokurikulum |
Permohonan Sekolah Berasrama Penuh 2017 Tingkatan 4 | |
Dibuka | 1 Disember 2016 |
Ditutup | 30 Disember 2016 |
Pautan Laman Web Sistem Aplikasi Borang Permohonan Atas Talian (Online) | Akan disertakan sebaik sahaja sistem aplikasi diaktifkan |
Info Dan Panduan Permohonan SBP | |
Pautan Portal Rasmi KPM | http://www.moe.gov.my |
Tarikh Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 4 tahun 2017 |
Syarat Umum Pemilihan Kemasukan Bagi Tingkatan Empat (4) |
Murid mestilah warganegara Malaysia |
Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan |
Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam (PT3) atau sekurang-kurangnya 6A (termasuk Sains dan Matematik) |
Aktif dalam kokurikulum |