Akhirnya UPSR Bakal di Mansuhkan dimana Pelajar Tahun 6 dinilai 50% dari Akademik dan 50% dari Tingkah Laku, Kedatangan dan Kokurikulum dari Pihak Sekolah

Akhirnya UPSR Bakal di Mansuhkan dimana Pelajar Tahun 6 dinilai 50% dari Akademik dan 50% dari Tingkah Laku, Kedatangan dan Kokurikulum dari Pihak Sekolah
Akhirnya UPSR Bakal di Mansuhkan dimana Pelajar Tahun 6 dinilai 50% dari Akademik dan 50% dari Tingkah Laku, Kedatangan dan Kokurikulum dari Pihak Sekolah

KUALA NERANG – Kementerian Pendidikan  kini merancang menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dan kajian itu sudah pun di peringkat akhir.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kini sudah sampai masanya sistem pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan yang dilakukan sekarang dikaji semula bagi menilai kejayaan seseorang pelajar itu.

“Sebenarnya pada zaman sekarang, kita bukan lagi melihat keputusan peperiksaan tetapi nak tengok pencapaian sebenar murid itu. Kini kita hanya menumpukan 100 peratus pencapaian murid berdasarkan peperiksaan mereka.

“Melalui PBS yang akan dilaksanakan nanti pelajar hanya dinilai 50 peratus dalam akademik dan 50 peratus lagi dinilai oleh pihak sekolah seperti kedatangan, kokurikulum dan sikap pelajar itu di sekolah,” katanya semasa Majlis Penyerahan Masjid Pulau Kijang, di sini, semalam.

Menurut Mahdzir, sebelum itu pihaknya akan berjumpa dengan pelbagai pihak termasuk guru, ibu bapa dan persatuan sebelum keputusan UPSR digantikan dengan sistem peperiksaan yang baru.

“Selepas mendapat maklum balas dari pihak berkenaan baharulah kementeriannya akan memutuskan kaedah lain untuk menilai pencapaian murid Tahun Enam.

“Kaedah itu bertujuan mengurangkan tekanan kepada pelajar dan ibu bapa yang terpaksa menekankan keputusan  cemerlang kepada anak-anak mereka dalam usia yang muda. Demi mengejar keputusan 6A ibu bapa terpaksa menghantar anak mereka ke pusat tuisyen bagi mendapat keputusan cemerlang.

“Ini sudah pasti menimbulkan masalah dan juga tekanan kepada ibu bapa serta pelajar. Di negara maju peperiksaan hanya wujud di peringkat atas sahaja.

“Oleh itu adalah sangat sesuai sistem peperiksaan yang dilakukan sekarang perlu diganti,” katanya.

Bagaimanapun bagi melayakkan pelajar itu ke asrama penuh pula, pihaknya akan mewujudkan peperiksaan secara one off dan tidak membebankan seperti hari ini.

“Pihak kementerian juga akan membuat kajian dan mungkin model Pentaksiran Tingkatan 3 akan diguna pakai kepada pelajar Tahun Enam nanti.


“Jika semua pihak bersetuju dengan PBS itu pihaknya akan menggantikan sistem itu secepat mungkin,” katanya.

 

-http://www.sinarharian.com.my/
PADANG TERAP: Kajian Kementerian Pendidikan berhubung pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kini berada di peringkat akhir.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pihaknya dalam perancangan merangka sesi perjumpaan dengan pihak berkepentingan termasuk sekolah, ibu-bapa, guru dan kesatuan bagi mendapatkan pandangan sebelum pemansuhan itu dilaksanakan kelak.

“Sekarang ini kementerian di peringkat kajian akhir sebelum sampai masa yang sesuai (untuk mansuhkan UPSR). “Namun kita kena berjumpa dulu semua orang…apabila mereka kata ok baharulah kerajaan putuskan…kalau ikut pendapat saya secara peribadi kalau boleh tahun depan nak laksanakan PBS,” katanya pada sidang media, di sini tadi. 

Terdahulu Mahdzir menyerahkan Masjid Baharu Kariah Pulau Kijang, di sini, yang dibina membabitkan kos sebanyak RM3.2 juta oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) kepada kariah di situ.
Pada masa sama, Mahdzir berkata, cadangan pemansuhan UPSR ini dibuat kerana tidak mahu tahap pencapaian murid di sekolah hanya diukur 100 peratus berpaksikan peperiksaan sahaja tanpa mengambil kira faktor lain.


“Melalui PBS yang dijangka menggantikan UPSR kelak, hanya 50 peratus keputusan peperiksaan murid tahun enam diambil kira daripada keseluruhan pencapaian mereka dengan markah selebihnya diperoleh daripada tingkah laku dan kokurikulum,” katanya.

-http://www.bharian.com.my/