UJI IQ Anak Anda! Ketahui Tahap IQ Mereka Mungkin GENIUS! Ujian Saringan Online PCIS (PERMATA Chidren Intelligence Scale)

UJI IQ Anak Anda! Ketahui Tahap IQ Mereka Mungkin GENIUS! Ujian Saringan Online PCIS (PERMATA Chidren Intelligence Scale)
UJI IQ Anak Anda! Ketahui Tahap IQ Mereka Mungkin GENIUS! Ujian Saringan Online PCIS (PERMATA Chidren Intelligence Scale)

Penerangan Ujian IQ PCIS

1. Tahap Umur –  2 tahun hingga 4 tahun
2. Tarikh – 23 Ogos 2016 hingga 23 Oktober 2016
3. Penilaian secara Online
4. Calon yang berjaya dimaklumkan melalui email pada November 2016
5. Calon yang berjaya dapat mengikuti Perkhemahan Sains Kanak-Kanak 2016 itu selama lima hari pada November ini dan akan didedahkan dalam bidang biologi, kimia, kejuruteraan, fizik dan forensik.
6. Ambil ujian di http://pcis.permatapintar.edu.my/

Program PCIS

Program ini adalah kerjasama antara NCDRC, UPSI | Bahagian PERMATA | Pusat PERMATAPintar. Ia dibuka kepada kanak-kanak yang berumur antara 2-4 tahun sahaja.

Kanak-kanak perlu mengambil ujian saringan online PCIS(PERMATA Chidren Intelligence Scale) di http://pcis.permatapintar.edu.my/

Ujian ini dibuka secara online bermula 23 Ogos 2016 sehingga 23 Oktober 2016 dan kanak-kanak boleh mengambil ujian pada bila-bila masa mengikut keselesaan dengan bantuan orang dewasa secara online. Orang dewasa HANYA dibenarkan membacakan soalan kepada kanak-kanak dan menekan/menaip jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut. Sila baca dan patuhi arahan yang diberikan di setiap muka.

Penilaian dan pemilihan bagi mengikuti perkhemahan sains akan dibuat selepas tarikh tutup ujian. Nama calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui email sekitar November 2016.

Pastikan maklumat yang akan dimasukkan di bahagian profil adalah tepat dan terkini serta boleh dihubungi.



Tugas pembantu adalah hanya untuk:

  • Membacakan soalan kepada kanak-kanak tanpa membimbing kanak-kanak
  • Membantu menekan jawapan yang dipilih oleh kanak-kanak tersebut.