TERBARU! Pekeliling KEBENARAN GURU BESAR & PENGETUA BERI CUTI Pada Hari Peperiksaan Awam UPSR, PT3 & SPM Kepada Murid Lain

Assalamualaikum.

 Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR, PT3 & SPM

Sekalung terima kasih kepada rakan-rakan guru yang banyak berkongsi bahan dengan admin SGO di telegram. Mana-mana yang belum sertai kami, boleh sertai channel telegram kami di bawah.

Admin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Awam kepada semua dan semoga berjaya.

Surat Pekeliling Iktisas Pemberian Cuti Sekolah Semasa Peperiksaan

Penerangan Surat Pekeliling Iktisas (SPI) Mengenai Cuti Pada Hari Peperiksaan

1. Hari-hari peperiksaan awam/ pentaksiran pusat hendaklah dianggap sebagai hari persekolahan.

2. Murid selain daripada mereka yang menduduki peperiksaan awam/ pentaksiran pusat, boleh dicutikan pada hari-hari peperiksaan secara bergilir mengikut kelas atau Tahun/ Tingkatan.

3. Bilangan kehadiran bagi murid yang dicutikan tidak diambil kira sebagai hari persekolahan murid tersebut.

Cara Pengiraan Hari Kehadiran dan Cara Isi APDM

Cara Pengiraan Hari Kehadiran dan Cara Isi APDM

  • Kehadiran murid dalam buku kedatangan ditanda sebagai cuti bergilir.
  • Dalam e-kehadiran bagi murid yang dicutikan, tidak perlu ditanda hadir atau tidak hadir (Tidak perlu dikemas kini bagi cuti berganti tersebut)

Dapatkan Surat Pekeliling Ikhtisas Cuti Pada Hari-hari Peperiksaan Awam Pentaksiran Pusat disini

Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : SPI Bil.06/2016 Surat Pekeliling Ikhtisas Cuti Pada Hari-Hari Peperiksaan Awam Pentaksiran Pusat