Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka sistem aplikasi secara atas talian (online) untuk Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) pengambilan pelajar baharu bagi tahun 2017 kepada calon atau pelajar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Permohonan tersebut adalah dialu-alukan kepada pelajar tahun enam yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2016.
PERMOHONAN MRSM FORM 1 (TINGKATAN 1) MAKTAB RENDAH SAINS MARA TAHUN 2017.
Berikut admin sertakan maklumat berkaitan antaranya seperti prosedur cara untuk membuat permohonan, tarikh dibuka dan syarat pemilihan kemasukan ke tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA bagi pengambilan tahun 2017.
Calon hendaklah mendapatkan kata laluan terlebih dahulu sebelum dapat mengakses sistem borang permohonan onlin.
Kata laluan boleh didapati dengan mendaftarkan sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1 menerusi sistem di pautan berikut
Sistem Aplikasi Daftar Akaun Pengguna Dan Mendapatkan Kata Laluan
Setelah berjaya mendapatkan kata laluan, calon boleh mula mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk melengkapkan setiap maklumat yang diperluka.
Sila layari sistem Borang Online Permohonan kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun Pengambilan 2016 di pautan berikut
Sistem Aplikasi Borang Permohonan Online MRSM Tingkatan 1 Tahun 2017
Calon boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenai Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Borang Permohonan Dalam Talian (Online) menerusi judul pautan berikut
Pemohon dinasihatkan memahami dan meneliti senarai panduan yang disertakan dan perlu juga merujuk kepada maklumat sistem pendidikan MRSM sebelum melengkapkan butiran permohonan online.
Ditegaskan, sila luangkan masa bagi memahami, meneliti dan membaca dahulu langkah-langkah untuk membuat permohonan Saranan adalah bertujuan untuk mengelakkan pemohon daripada membuat sebarang kesilapan yang berpotensi menyebabkan permohonan akan ditolak Sila ikuti arahan-arahan yang telah diberitahu dan apa tindakan selanjutnya melalui maklumat-maklumat yang disertakan dalam sistem permohonan online
1. Syarat Umum Kelayakan Bagi Pelajar di Semenanjung Malaysia
Pelajar dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia.
Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia .
i. Pelajar Bumiputera tahun enam.
ii. Pelajar Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
Pemohon hendaklah memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2016.
Pemohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 dan temu duga pada satu tarikh yang akan diberitahu nanti.
Penting! Muat Turun (Download) Maklumat Lengkap Cara Permohonan