![]() |
Sains Komputer Mula diintegrasikan Bermula Darjah Tiga dalam Subjek Matematik & Sains |
3 Point Utama Ialah :
1. Sekolah Rendah = Pembelajaran sains komputer akan mula diintegrasikan bermula daripada darjah tiga dimana ia akan diintegrasikan dalam mata pelajaran sains dan matematik.
2.  Sekolah Menengah = Hadir sebagai mata pelajaran berasingan. Mungkin ada subjek baru iaitu Sains Komputer.
3. Ujian rintis untuknya telah dilakukan sebelum ini, dan ia dijangka diperkenalkan secara meluas bermula tahun hadapan.
Berita Mengenai Sains Komputer Mula diintegrasikan Bermula Darjah Tiga dalam Subjek Matematik & Sains
Google Malaysia hari ini telah mengadakan sebuah acara dimana mereka berkongsi lanjut mengenai arena e-dagang dan perkembangan syarikat internet di rantau Asia Tenggara. Hadir bersama pada acara berkenaan adalah CEO MDEC yang berkongsi mengenai beberapa perkara menarik berkaitan dunia startup dan perkembangan teknologi di Malaysia.
Daripada salah satu perkongsian, ia dikatakan salah satu perkara yang akan mula diintegrasikan dalam pendidikan adalah pembelajaran sains komputer – yang mana secara tidak langsung mengalakkan pemikiran kognitif dan kreatif dikalangan pelajar.
Bergerak kehadapan, pembelajaran sains komputer akan mula diintegrasikan bermula daripada darjah tiga – dimana untuk peringkat sekolah rendah ia akan diintegrasikan dalam mata pelajaran sains dan matematik. Sementara untuk sekolah menengah ia akan mula hadir sebagai mata pelajaran berasingan. Ujian rintis untuknya telah dilakukan sebelum ini, dan ia dijangka diperkenalkan secara meluas bermula tahun hadapan.
Bercakap lanjut mengenai pembelajaran IT, Yasmin mengatakan sebelum ini kita lebih kepada mempelajari IT dalam bagaimana sesuatu perkara seperti perisian digunakan. Kini, kaedahnya berubah kepada bagaimana kita membangunkan atau menghasilkan sesuatu perkara melalui IT.
Usaha ini dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan, dan ia disokong sepenuhnya oleh MDEC. Maklumat lanjut mengenai inisiatif baru ini dijangka akan dikongsikan seawal bulan hadapan.
Sumber : Amanz