UPDATE TERBARU 30/6/2016 : Update Cuti Raya dari PMO
30/06/2016 – Pelepasan Khas daripada bertugas pada 8 Julai 2016 (Jumaat) sempena Hari Raya Aidilfitri
*klik pada KSN untuk link direct.
Negeri Mana yang Terlibat untuk Pertimbangan Cuti Peristiwa 8hb Julai 2016
- Kelantan
- Terengganu
- Kedah
- Johor
Cuti Khas Hanya Untuk Negeri-negeri Bekerja Hari Jumaat
PUTRAJAYA 24 Jun – Kerajaan akan mempertimbangkan permintaan penjawat awam agar Hari Raya Aidilfitri ketiga yang dijangka pada 8 Julai ini iaitu hari Jumaat diisytiharkan sebagai cuti peristiwa.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, sehubungan itu kerajaan akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat bersama peringkat tertinggi kerajaan yang akan datang.
Walau bagaimanapun katanya, perbincangan mengenai cuti khas itu hanya terpakai untuk negeri-negeri yang bekerja pada hari Jumaat minggu perayaan tersebut. “Insya-Allah saya akan bawa perkara itu untuk dirundingkan,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada perjumpaan khas bersama ahli-ahli
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini hari ini.
Terdahulu, permintaan itu telah dikemukakan oleh Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda dalam ucapannya pada majlis tersebut. – UTUSAN ONLINE
Cuti Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri
Masih lagi mengikut seperti yang dikeluarkan sebelum ini dan boleh dilihat di Cuti Perayaan 2016 Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina
Download Lagu Raya 1 Folder
Sempena Hari Raya yang bakal tiba ini admin nak kongsikan dengan anda semua 1 folder lagu raya aidilfitri yang kualiti soundnya agak bagus.
Didalam link itu nanti anda akan dapat lihat satu persatu senarai lagu. Jadi anda boleh pilih sendiri lagu mana yang berkenan dan download hanya yang anda mahu sahaja. Tetapi kalau nak download semua pun boleh.
Download : Lagu Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya.