Senarai Panduan & Cadangan Hadiah Menarik Istimewa Sempena Hari Guru

Senarai Panduan & Cadangan Hadiah Menarik Istimewa Sempena Hari Guru
Senarai Panduan & Cadangan Hadiah Menarik Istimewa Sempena Hari Guru

Artikel berkaitan :

1. ► Teks Perutusan Hari Guru Tahun 2016 | Tema Hari Guru 2016 : Guru Pembina Negara Bangsa
2. ► 8 Puisi TERBAIK Hari Guru Sempena Hari Guru 2016

Selamat Hari Guru

Pertamanya SGO ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru di seluruh Malaysia. Semoga segala ilmu yang dicurahkan akan dibalas dengan kehidupan yang dirahmati Allah swt di dunia dan di akhirat.

Sempena Hari Guru 2016 ini SGO kongsikan sesuatu yang menarik iaitu :

â–ºBergetar Rusuk Membaca Puisi “Ceritanya..” Oleh Dato Ruslan Madon Mantan Guru Besar SK Setiawangsa

Tema Hari Guru 2016

Tema Hari Guru pada tahun 2016 kali ini ialah GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

 

Senarai Panduan & Cadangan Hadiah Menarik Istimewa Sempena Hari Guru

Sudah semestinya pada saat-saat ini ramai guru-guru yang mencari idea untuk membeli hadiah sama ada dari pihak sekolah, atau untuk anak-anak murid kepada guru-guru. Lebih-lebih lagi para guru yang menguruskan majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

Jadi berikut di senarai pendek beberapa cadangan hadiah sebagai panduan mudah kepada semua guru.

a) Hadiah dari Pihak Sekolah atau Kelab Guru kepada semua guru. 

( Khas untuk AJK KELAB GURU dan disarankan dicop dahulu dengan logo sekolah)

– Pen Hitam
– Beg sandang
– Selimut
– Tuala
– Topi
– Vast
– Set Marker
– Botol air
– Tupperware
– Set alat tulis ( kertas laminate, dll)
– Cawan / Mug

b) Hadiah dari Murid & Kelas untuk semua guru.

( Khas untuk Guru Kelas atau AJK Kelab Guru untuk jualan semasa hari guru)
*boleh ikat reben, wrap plastik, dll

– Buah Epal
– Penanda Buku
– Bunga Plastik
– Pen hitam/ pen merah
– Marker

c) Hadiah untuk aktiviti Pertukaran Hadiah semasa guru.

(Khas untuk aktiviti hari guru sahaja. Tidak semua sekolah buat)

– Pakaian solat
– Sejadah
– Jam dinding
– Bekas makanan
– Periuk
– Buku

Sebenarnya, banyak lagi hadiah-hadiah yang boleh diberikan sempena Hari Guru ini dan yang kami senaraikan ini hanyalah sekadar panduan sahaja.

Akhir kata, semoga sambutan Hari Guru kali ini lebih meriah di sambut oleh para guru.