![]() |
Bukan Gambar Sebenar Ular. |
Assalamualaikum..
Pelajar SK Dato Hashim 1 Mati di Patuk Ular
Hari ini kita dikhabarkan dengan satu berita sedih iaitu mengenai kematian adik Nuri Nadirah Ruslan iaitu murid tahun 1 SK Dato Hashim yang telah meninggal dunia akibat dipatuk ular.
Semoga Allah cucuri rahmat keatas roh adik. Buat ibu bapa Nuri, diharap dapat bersabar dan redha dengan pemergiaan yang tidak disangka ini.
Berita dari Berita Harian Online
KOTA BHARU: Seorang murid perempuan Tahun Satu meninggal dunia dipercayai dipatuk ular, dalam kejadian di perkarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa, Nuri Nadirah Ruslan, dikatakan sedang bermain bersama rakannya ketika waktu rehat sebelum menjerit kesakitan. Mangsa kemudiannya berlari masuk ke dalam kelas sebelum pengsan.
Pihak sekolah terus membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa sebelum disahkan mangsa meninggal dunia. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat. Mangsa dipercayai dipatuk ular di bahagian betis kiri.
Ibu mangsa, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, berkata ketika kejadian dia berada di tempat kerja, sebelum dimaklumkan kejadian itu oleh pihak sekolah.
Katanya, beliau bergegas ke Klinik Kesihatan dan ketika itu anak sulungnya sudah tidak sedarkan diri.
![]() |
Sedih! Nuri Nadirah Ruslan Murid Tahun 1 SK Dato Hashim 1 Kota Bharu Mati di Patuk Ular |
Berita TheStar
KOTA BARU: A Year One pupil, who suddenly fainted in school, died after it was discovered that she was bitten by a snake.
“When told she had fainted, I was baffled because my daughter was a healthy and active person. At the clinic, I was told there was snakebite at my daughter’s left calf,” she said.