Sekolah TUTUP Cuaca Panas jika SUHU LEBIH 37 DARJAH CELCIUS Lebih 72 Jam

0
3
Sekolah TUTUP Cuaca Panas jika SUHU LEBIH 37 DARJAH CELCIUS Lebih 72 Jam
Sekolah TUTUP Cuaca Panas jika SUHU LEBIH 37 DARJAH CELCIUS Lebih 72 Jam

Pekeliling Penutupan Sekolah Berikutan Cuaca Panas Melampau yang dijanjikan mungkin akan dikeluarkan tidak lama lagi berikutan cuaca panas di negara kita pada mac 2016 ini.

Kementerian Pendidikan boleh arahkan semua sekolah di sesuatu kawasan tutup jika suhu melebihi 37 darjah celcius lebih 72 jam

 
PUTRAJAYA, 18 Mac – Jawatankuasa khas yang
ditubuhkan berikutan cuaca panas yang melanda negara hari ini
mengeluarkan garis panduan tetap mengenai pelan tindakan menanangi
gelombang haba merangkumi tiga peringkat amaran yang berkuat kuasa serta
merta.

Menurut pengerusi jawatankuasa khas itu, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi
Tuanku Jaafar, garis panduan itu melibatkan semua pihak berkaitan
termasuk tindakan oleh Kementerian Pendidikan untuk menutup sekolah di
sesuatu kawasan jika suhu melebihi 37 darjah celcius selama lebih 72
jam, iaitu dalam amaran peringkat kedua.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata
‘Kecemasan Gelombang Haba’ pula akan diisytihar di sesuatu kawasan jika
suhu meningkat melebihi 40 darjah celcius selama atau lebih tujuh hari.

Bagaimanapun, pelan tindakan bagi menghadapi situasi buruk
seperti itu akan diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal melibatkan semua
kementerian dan agensi terlibat pada Isnin depan
,” katanya sebagaimana lapor Bernama.

Selain itu beliau juga berkata, pada amaran peringkat pertama,
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mengeluarkan amaran
gelombang haba jika suhu sesuatu kawasan itu melebihi 37 darjah celcius
selama 72 jam.

Kementerian Pendidikan seterusnya boleh mengeluarkan arahan
untuk menghentikan aktiviti pelajar di luar kelas seperti aktiviti
kokurikulum, perhimpunan, perkhemahan dan sebagainya
,” katanya.

 Wan Junaidi berkata pada peringkat itu, nasihat akan turut
dikeluarkan kepada orang ramai untuk mengehadkan aktiviti luar terutama
bagi warga emas dan kanak-kanak, menghentikan segala aktiviti sukan di
tempat terbuka, nasihat keselamatan pekerja dan nasihat berkaitan
masalah strok haba.
Beliau berkata, amaran peringkat kedua pula dikeluarkan jika suhu
melebihi 37 darjah celcius selama lebih 72 jam dan peningkatan suhu
berterusan yang merangkumi arahan penutupan sekolah.

Pada peringkat ini, jawatankuasa khas akan bermesyurat untuk
bincang tindakan kecemasan) bagi menangani cuaca panas melampau yang
berpanjangan dan impak kepada pelbagai sektor
,” katanya.

Wan Junaidi juga berkata ramalan Jabatan Meteorologi menjangkakan cuaca panas dan kering ini akan berakhir pada Mei atau Jun.

Secara ringkasnya, ini garis panduan yang diberikan :

  • Peringkat 1 : Suhu melebihi 37 darjah celcius selama 72 jam {Arahan menghentikan aktiviti luar akan dikeluarkan }
  • Peringkat 2 : Suhu melebihi 37 darjah celcius melebihi 72 jam {Arahan untuk penutupan sekolah }
  • Kecemasan Gelombang Haba : Suhu melebihi 40 darjah celcius selama atau lebih 7 hari { ‘Kecemasan Gelombang Haba’ akan diistiharkan di kawasan tersebut.}

DAPATKAN SEGERA BAHAN PENTING DISINI

Selain bahan-bahan di atas, dapatkan juga bahan berkaitan yang di cari oleh pengunjung sistem guru online ini.


Antara bahan-bahan yang menjadi pilihan pengunjung sebelum anda ialah seperti di bawah.