Permohonan Lepasan SPM & STPM ke Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Permohonan Lepasan SPM & STPM ke Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
Permohonan Lepasan SPM & STPM ke Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
SPM/STPM tiada A? 1A? 2A? 5A? 11A? Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera ada sesuatu untuk semua:

1) Peneraju Tunas Potensi:
Sekurang-kurangnya
5A- (SPM) atau 2A- (STPM). Program untuk melanjutkan pendidikan ke
Universiti bagi mereka yang dari isirumah berpendapatan tidak melebihi
RM4,000 sebulan.

2) Peneraju Skil Iltizam:
Tiada SPM
pun boleh memohon! Kami usahakan dengan jaminan pekerjaan! Asalkan boleh
membaca, mengira dan menulis. Program bagi mereka yang lebih cenderung
ke arah skil/vokasional. Pendaftaran kini dibuka! Program-program yang
ditawarkan termasuk Scaffolding, Seni Kulinari, Terapi Spa, PADI
Divemaster, Juruteknik Perkapalan dan macam-macam lagi!

 

3) Peneraju Skil Juruteknik Pesawat Berlesen:
Sekurang-kurangnya
C bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik.
Program pensijilan Juruteknik Pesawat Berlesen (dengan peluang
dinaiktaraf ke Jurutera Pesawat Berlesen). Peluang pekerjaan disediakan!

4) Peneraju Profesional Akauntan Muda (Kategori A):
Sekurang-kurangnya
5A SPM atau O Level: A untuk Matematik dan Bahasa Inggeris. Program
untuk yang berminat menjadi Akauntan Bertauliah menerusi pensijilan CAT,
ACCA dan Ijazah Sarjana Muda OBU.

Untuk memohon/mendaftar:
http://www.yayasanpeneraju.com.my/permohonan-dibuka.php?data-yayasan-peneraju=99

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera merupakan satu inisiatif di bawah
Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan di bawah
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang bertumpu untuk
mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan
berterusan.

Antara mandat yang diamanahkan kepada Yayasan ini termasuk meningkatkan
kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan
usaha Kerajaan dalam menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan
tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional dan
vokasional.

 

Hubungi Kami

Alamat pejabat:
Tingkat 15-1, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral
50470 Kuala LumpurTalian am: +603-2727 9000
Faks: +603-2727 9090

Alamat E-mel:

Soalan umum: [email protected]
Karier bersama kami: [email protected]

telegram sistem guru online