Kedah & Perlis Cuti 2 Hari Cuaca Panas El Nino

Download Pelbagai Bahan untuk Guru di Sini

"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

whatsapp sistem guru online sgoDapatkan Update SGO Melalui Whatsapp

PETALING JAYA – Ekoran cuaca panas melampau, semua sekolah di Kedah dan Perlis diarah tutup selama dua hari bermula esok.Ketika mengumumkan perkara itu hari Isnin, Menteri Pendidikan Datuk
Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan itu diambil setelah mendapat
nasihat daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan susulan suhu yang
melebihi 37 darjah Celcius.“Hanya proses pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah di dua
negeri itu ditutup. Bagaimanapun, guru-guru perlu hadir ke sekolah,”

katanya kepada pemberita selepas menerima Ijazah Kehormat Doktor
Falsafah (Pendidikan) daripada Kolej Universiti Sains Perubatan
Cyberjaya di Damansara, hari ini.

Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah mengurniakan anugerah itu.
Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mahdzir berkata kementeriannya juga akan terus memantau keadaan cuaca
di negeri-negeri lain dan akan membuat pengumuman lanjut berdasarkan
keadaan semasa.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi
Tuanku Jaafar berkata sekolah di sesuatu kawasan akan ditutup jika suhu
melebihi 37 darjah Celsius selama lebih 72 jam.
Malaysia kini mengalami cuaca panas dan kering disebabkan fenomena El
Nino dan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan keadaan itu hanya akan
berakhir pada Mei atau Jun. – Bernama