![]() |
Cara buat Rayuan memasuki tingkatan 6 bawah tahun 2016 |
Rayuan Memasuki Tingkatan 6 Bawah
1. Calon sekolah yang tidak ditawarkan tempat di Tingkatan Enam Bawah tahun 2016 boleh membuat rayuan secara online. . Pengetua sekolah bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada JPN masing-masing.
2. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1hb Jan.
3. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah lama di mana
murid mengambil peperiksaan SPM, dan mempunyai perakuan rekod disiplin
yang baik.
4. Kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri adalah tertakluk kepada
kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon dan akan
dimaklumkan oleh JPN masing-masing.
5. Keputusan rayuan kemasukan ke tingkatan 6 bawah boleh disemak mulai 21 Jun 2016, mulai 12.01 am.
Â
* Nota:
Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio
ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan.
Dalam kes seperti ini, calon dinasihatkan supaya mengulang semula
peperiksaan SPM pada tahun 2016.
Perhatian : Rayuan calon sekolah untuk memasuki tingkatan
enam bawah adalah berdasarkan kelonggaran atas penglibatan kokurikulum.
Perlu diingatkan calon mesti hantar borang rayuan melalui
pengetua sekolah asal. Kelulusan adalah tertakluk kepada kekosongan
tempat.
Keputusan dan penempatan adalah ditentukan oleh jabatan pelajaran negeri.
.
T6BKKÂ Â BAGI CALON SEKOLAH KERAJAAN
T6BCPÂ Â BAGI CALON PERSENDIRIAN, SEKOLAH SWASTA & AGAMA
T6BRTJÂ UNTUK RAYUAN MENUKAR JURUSAN
PUA275Â Â PERMOHOAN MENUKAR SEKOLAH TINGKATAN 6
T6BRUÂ Â
BAGI CALON SEKOLAH YANG LAYAK TETAPI TIDAK MENDAPAT TAWARAN ATAU TIDAK
MELAPOR DIRI ATAU MENOLAK MATRIKULASI/IPTA/IPTS ATAU SEBAB-SEBAB LAIN.
Sumber : myschoolchildren