KONSEP PUISI MELAYU TRADISIONAL : ENDOI

Endoi adalah satu bentuk nyanyian yang
akan dilagukan untuk mengiringi upacara naik buai. Upacara ini merupakan salah
satu adat istiadat Melayu. Kata-kata dan ungkapan dalam nyanian tersebut
dinamakan puisi endoi (Mutiara Sastera Melayu Tradisonal, 2010:235). Masyarakat
Melayu merupakan masyarakat yang amat berpegang teguh kepada adat resam dan
tradisi mereka. Dalam kehidupan seharian, ia banyak melibatkan norma-norma
hidup, peraturan, tradisi dan pantang larang yang wajib dipatuhi. Pengabaian
terhadap adat resam itu dianggap sebagai satu kesilapan yang besar sehingga
boleh mengakibatkan jatuhnya status atau maruah si pelaku mahupun keluarganya.
Endoi berasal daripada
perkataan endul yang bermaksud
buaian. Endoi merupakan tradisi lisan yang berbentuk perbuatan yang di sambut
oleh masyarakat Melayu dalam majlis keramaian seperti kenduri kahwin, mencukur
rambut dan sebagai untuk memeriahkan suasana. Endoi juga dikenali sebagai
bentuk puisi tumpang, menggunakan bentuk syair, nazam dan juga pantun sebagai
wadah penyampaian. Puisi endoi menceritakan tentang salasilah dan riwayat hidup
nabi-nabi. Selain itu, endoi menceritakan kisah-kisah nabi untuk dijadikan
teladan. Endoi menyampaikan nasihat terutamanya kepada golongan kanak-kanak
supaya berbuat baik, berbudi dan menghormati ibu bapa. Endoi juga berfungsi
sebagai memberi pengajaran tentang Islam seperti rukun iman, dan kitab-kitab Islam.
Endoi ditujukan terutamanya kepada anak-anak agar menjadi anak yang taat serta
berbakti kepada ibu bapa. Endoi dimulai dengan menceritakan kisah rasul dan
wajib beriman dengannya serta diikuti dengan nasihat kepada si anak (NorBaizura
Bt Zakaria, 2008).
Fungsi endoi
mengandungi unsur pengajaran dan nasihat serta hendaklah sentiasa berpegang
kepada ajaran agama, mengabdikan hidup kepada Allah S.W.T untuk mendapatkan
kebahagian di dunia dan akhirat. Endoi tidak semata-mata di anggap sebagai
dunia hiburan malah turut di gunakan sebagai alat untuk menggerakkan dan
menyedarkan masyarakat. Endoi membicarakan soal-soal ilmu pengetahuan, budi
pekerti manusia yang disandarkan kepada ajaran agama Islam dengan tujuan untuk
memupuk semangat keIslaman dan kesedaran dalam kalangan orang Melayu. Selain
itu, berfungsi sebagai menyatakan rasa kesyukuran ibu bapa ke atas kelahiran
anak sulung yang akan diadakan ketika upacara bercukur rambut anak yang berusia
tujuh hari. Puisi ini juga bertujuan untuk memberikan panduan dan pengajaran
kepada masyarakat (NorBaizura Bt Zakaria, 2008).
            Amalan
mencukur rambut biasanya di lakukan olah masyarakat Melayu yang membuat kenduri
kecil-kecilan iaitu dengan menyembelih haiwan (akikah) dan memberi nama pada
hari ke tujuh kelahirannya, hukumnya dalah sunat. Hukum melakukan kenduri
akikah bukan lagi dikatakan sebagai sunat bahkan sebaliknya bagi sesetengah
masyarakat Melayu menganggap itu adalah adat dan warisan yang perlu dipelihara
oleh generasi yang ada sekarang supaya ia tidak pupus begitu saja (NorBaizura
Bt Zakaria, 2008).

 

            Secara
keseluruhannya, yang dapat dirangkumkan di sini adalah endoi merupakan satu
nyanyian yang dinyanyikan dalam upacara naik buai dalam kalangan masyarakat
Melayu.
Tuliskan Sesuatu. Tinggalkan Komen Anda.