TELEKUNG JANNAH
Dapatkan pada harga Early Bird!!
Kain cantik sedap pakai. Warna menarik menawan hati!
  1. Potongan 35% dan Jimat RM69!!

DEFINISI PUISI MELAYU TRADISIONAL

DEFINISI PUISI MELAYU TRADISIONAL
DEFINISI PUISI MELAYU TRADISIONAL

DEFINISI PUISI MELAYU TRADISIONAL

Puisi Melayu
tradisional ialah tradisi lisan yang sudah tetap bentuk dan kalimatnya.
Biasanya, puisi Melayu tradisional terbentuk daripada beberapa baris kalimat,
berangkap atau tidak berangkap; ada yang berasaskan matra, jumlah perkataan dan
suku kata sebaris, persamaan dan pertentangan rima dan ritma antara baris.
Puisi Melayu tradisional lahir bukan sekadar untuk hiburan, pengajaran dan alat
komunikasi secara umum, malah diserapkan ke dalam kegiatan-kegiatan hidup
bermasyarakat, dalam dalam ritual dan upacara, dalam adat dan peundangan, juga
dalam kegiatan yang berunsur keagamaan (Mutiara Sastera Melayu Tradisional,
2010:232).
Wan Akmal
Wan Serama menjelaskan puisi Melayu tradisional adalah satu karya kesusasteraan
yang dapat memenuhi cirri-ciri karya sastera iaitu ciptaan yang mempunyai
nilai-nilai seni yang menggunakan bahasa sebagai media. Bahasanya tersusun
indah dengan penggunaan kata yang terpilih dan berirama. Ia dibentuk bertujuan
untuk menyampaikan sesuatu fikiran atau amanat untuk kebaikan umat manusia.
Puisi Melayu tradisional penuh dengan nilai estetika dan dihiasi pula dengan
pelbagai gaya yang berupa identiti budaya bahasa masyarakat Melayu lama.
(2005:2)
A.
Halim Ali menjelaskan puisi Melayu tradisional ialah satu kelompok puisi yang
muncul dan terhasil dalam era tradisional sebelum berkembangnya tradisi tulisan
atau zaman yang disebut sebagai moden. Puisi Melayu tradisional termasuk dalam
golongan karya kesusasteraan bentuk bukan cerita (non-naratif) (2006:11-13).
Salleh

Haji Ahmad (1993:3) menjelaskan puisi Melayu tradisional ialah puisi Melayu
lama yang berbentuk non-naratif. Ia disebarkan melalui budaya lisan dalam
masyarakat yang tertutup. Ia juga merupakan salah satu daripada unsure-unsur
kebudayaan masyarakat Melayu lama. Oleh itu, ia memudahkan masyarakat untuk
memahami keadaan masyarakat Melayu lama; bagaimana mereka berfikir, kepercayaan
atau peri laku mereka.
Menurut
Harun Mat Piah (1989:5), puisi Melayu tradisional ialah satu puisi yang
bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Puisi lisan
bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak
bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya
merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi
sedemikian. Puisi Melayu tradisional berbentuk terikat oleh konvensi-konvensi
tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk
dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan pula.
Sebuah genre mempunyai ciri-cirinya sendiri, berbeza daripada genre yang lain.
Kepelbagaian
pengaruh yang ada telah menyebabkan betapa kayanya khazanah kesusasteraan
Melayu. Pengungkapan dan penciptaan puisi Melayu tradisional adalah disebabkan
oleh pengaruh warisan Melayu, warisan Islam, alam sekitar, animisme dan
lain-lain.
Pada
dasarnya, puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua kumpulan iaitu puisi
warisan Melayu dan puisi warisan Arab-Parsi. Puisi warisan Melayu yang lahir
daripada kreativiti masyarakat Melayu sendiri tanpa dipengaruhi oleh tradisi
asing. Justeru, penghasilan puisi warisan Melayu adalah puisi asli yang
diwarisi dari satu generasi kepada generasi yang lain.
Walaupun
puisi warisan Melayu mempunyai serpihan pengaruh hindu, namun ia masih lagi
diiktiraf hasil Melayu asli kerana puisi tersebut telah berlaku perubahan dan
penyesuaian sehingga berbeza daripada bentuk asalnyaa seperti gurindam dan
seloka. Puisi warisan Melayu terbahagi kepada dua kategori pula iaitu puisi
terikat dan puisi bebas. Puisi terikat terdiri daripada pantun dan gurindam.
Dalam pantun pula terdapat teka-teki, endoi, rejang dan dikir atau zikir.
Manakala dalam puisi bebas pula terdiri daripada seloka, teromba, talibun, peribahasa
berangkap dan mantera.

 

Puisi
warisan Islam iaitu puisi warisan Arab-Parsi terhasil ekoran pengaruh puisi
Arab dan puisi Parsi. Pengaruh puisi Arab dan Parsi terdiri daripada isi dan
fungsinya. Puisi warisan Islam terdiri daripada puisi terikat. Dalam puisi
terikat warisan Arab-Parsi terdiri daripada syair, masnawi, nazam, rubai,
qit’ah, ghazal dan berzanji.