CIRI-CIRI KEINDAHAN DALAM TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU

Antara ciri keindahan dalam puitika sastera Melayu adalah keindahan
dalam mengajar atau mendidik. Teras ini membincangkan setiap isi kandung dalam
seloka mampu memberikan mesej, pengajaran dan pendidikan kepada setiap pembaca
dan pendengar.
 Selain itu, keindahan dalam pengungkapan kesusahan dan kesedihan. Teras
ini pula membincangkan tentang ungkapan yang menzahirkan kesusahan dan
kesedihan dalam setiap isi kandung hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu
klasik. Penzahiran kesusahan dan kesedihan dapat ditonjolkan dengan ungkapan-ungkapan
dalam hasil-hasil karya tersebut.
 Seterusnya, keindahan dalam penceritaan. Teras ini pula membincangkan
pengkisahan isi kandung dari awal hingga akhir cerita. Biasanya setiap
pengkisahan atau penceritaan memenuhi plot cerita dalam hasil-hasil karya
kesusasteraan Melayu.
 Disamping itu, keindahan dalam rasa. Teras ini menjurus kepada
penglahiran rasa setelah membaca atau mendengar sesebuah genre kesusasteraan
Melayu. Kebiasaannya, ia melibatkan perasaan pembaca atau pendengar. Kedatangan
rasa dan perasaan membuatkan seseorang pembaca atau pendengar berasa puas dan
indah. Ciri yang terakhir adalah keindahan yang asli. Teras ini membincangkan
setiap hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu menepati ciri-ciri puisi Melayu
klasik iaitu pantun dan syair. Kesamaan ini meliputi jumlah baris serangkap,
jumlah perkataan sebaris, jumlah suku kata sebaris, dan pola rima akhir.
telegram sistem guru online