Apa itu KSSR ?

0
43
Apa itu KSSR

1.         Latar Belakang KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan kepada murid-murid
Tahun 1 mulai Tahun 2011 selepas ucapan
dasar Y.A.B Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang menuntut supaya sistem pendidikan Negara
memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda,
Pembentukan warga yang menguasai ilmu,
kemahiran dan maklumat, dan Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan
insan Ulul-Albab.
            Pelaksanaan
KSSR ini berpegang kepada Teras Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
yang secara dasarnya membangunkan modal insan
yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Ia
bermatlamat memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai. Justeru, Kurikulum Kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang
holistik dan sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan seimbang yang dapat
menangani cabaran semasa dan masa depan.
            Pelaksanaan KKSR ini juga menunjukkan satu transformasi
pendidikan Negara yang menjurus kepada proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum
persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan,
pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum
di sekolah.
            Transformasi kurikulum
dalam pendidikan Negara melibatkan bahan, bentuk, organisasi, kandungan,
pengurusan kurikulum, pentaksiran, pedagogi dan peruntukan masa. KSSR digubal
masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan berasaskan prinsip
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) iaitu pendekatan persepadu,
pendidikan yang saksama untuk murid, perkembangan individu secara menyeluruh
dan pendidikan seumur hidup.
            KSSR memfokuskan kepada
tiga peringkat pendidikan Negara iaitu Prasekolah, Pendidikan Tahap 1 dan
Pendidikan Tahap 2. Pendidikan Prasekolah menjurus kepada perkembangan
sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah
rendah serta pendedahan kemahiran 3M dan menaakul. Manakala, pendidikan Tahap 1
pula menumpukan kepada penguasaan kemahiran
3M dan menaakul, kemahiran asas TMK, perkembangan sosioemosi, kerohanian,
fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pendidikan Tahap 2 pula memberi penekanan
kepada pengukuhan dan aplikasi 3M dan menaakul, kemahiran asas TMK, perkembangan
sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
            KSSR
digubal secara standard adalah untuk memastikan semua murid
mencapai tahap yang ditetapkan dalam standard, membolehkan pengetahuan, kemahiran dan nilai
diukur dengan jelas, memberi fokus terhadap
keberkesanan pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdP).

2.         Dokumen Kurikulum KSSR

Dokumen Kurikulum KSSR amat penting dalam pelaksanaan KSSR di sekolah.
Semasa kursusu orientasi KSSR dijalankan, semua peserta dikehendaki membawa
dokumen kurikulum KSSR sepanjang kursus tersebut berlangsung. Dokumen Kurikulum
KSSR adalah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
            Selain DSKP, semua guru
juga memiliki Rekod Perkembangan Pembelajaran Murid secara luar talian
(offline) untuk melihat perkembangan pembelajaran murid selepas PdP dijalankan.
Rekod pelaporan tersebut hendaklah disediakan oleh guru mata pelajaran dan
perlu dihantar kepada penyelaras pentaksiran sekolah pada bulan Mac, Jun dan
September.

3.         PdP dan Pentaksiran

PdP KSSR dijalankan serentak dengan pentaksiran. Pentaksiran dijalankan
adalah untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam
pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti
pemerhatian, temu bual lisan, penghasilan projek, bertulis dan sebagainya.
Pentaksiran hendaklah dijalankan secara holistik dan autentik.

DAPATKAN SEGERA BAHAN PENTING DISINI

Selain bahan-bahan di atas, dapatkan juga bahan berkaitan yang di cari oleh pengunjung sistem guru online ini.


Antara bahan-bahan yang menjadi pilihan pengunjung sebelum anda ialah seperti di bawah.