SSO Single-Sign-On Kementerian Pelajaran Malaysia KPM

SSO Single-Sign-On Kementerian Pelajaran Malaysia KPM
Klik Gambar untuk LOG IN

Login SSO

Seperti yang kita tahu, pihak KPM telah memperkenalkan pelbagai jenis pembaharuan dalam sistem pendidikan kita terutamanya yang melibatkan sistem atas talian. Kewujudan Single Sign On (SSO) oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ini adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dan memastikan pendidikan di negara kita mempunyai satu sistem yang berstruktur.

Namun begitu pelbagai halangan terpaksa dilalui oleh guru-guru. Salah satu masalahnya ialah terlalu banyak sistem atas talian memerlukan terlalu banyak ID, dan PASSWORD (kata laluan) yang perlu diingat oleh para guru.

Maka lahirlah satu sistem baru yang dipanggil SSO bagi menyelesaikan masalah ini.

Apa itu SSO?

1.0 Pengenalan

1.1 Definisi SSO

Single sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang berkaitan tetapi tidak bergantung antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan tanpa memerlukan log masuk secara berasingan untuk setiap sistem. 

1.2 Objektif

Objektif SSO adalah untuk:

memUDAHKAN pengguna UNTUK mengakses semua sistem KPM yang telah diberi kebenaran akses kepadanya dengan hanya menggunakan satu login ID dan password

1.3 Kumpulan pengguna 

Pengguna yang diberi kebenaran untuk menggunakan kemudahan SSO adalah pengguna KPM. Sebagai langkah keselamatan, hanya pengguna yang berdaftar yang menggunakan nombor kad pengenalan (no KP) sahaja akan dapat menggunakan kemudahan ini. Semua ID yang menggunakan kod sekolah, kod PPD atau kod JPN tidak akan dapat mengakse sistem ini. KPM akan terus mengemaskini senarai sistem yang dibangunkan oleh SSO dan memaklumkan pihak sekolah dari semasa ke semasa.

1.4 URL SSO

URL untuk SSO KPM ialah: https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php

1.5 Maklumat penting bagi penggunaan SSO

a) Pengguna boleh mendaftar masuk melalui eOperasi, eMIS dan APDM.

b) SSO sesuai digunakan menggunakan browser Google Chrome, Mozilla Firefox  atau Internet Explorer versi 10 dan resolusi skrin 1024 x 768 pixels.

c) Mohon pastikan pengguna log out (log keluar) dari modul-modul setelah masuk ke modul-modul tersebut (terutama pengguna yang menggunakan PC atau komputer yang dikongsi bersama orang lain).

d) Mohon juga log out (log keluar) dari laman utama sps (sso) setelah menggunakan perkhidmatan ini (terutama menggunakan PC atau komputer yang dikongsi dengan orang lain).

2.0 Cara DAFTAR & Log In

  1. Layari laman web rasmi MOE https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
  2. Pada bahagian menu di sebelah atas, klik pada bahagian LOG MASUK.
  3. Setelah itu, akan keluar satu popup di sebelah kanan.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan.
  5. Masukkan kata laluan.
  6. Tekan butang Log Masuk dan tunggu sebentar.
  7. Jika semua berjalan lancar, ia akan membawa terus ke dalam sistem SSO KPM.
SSO Single-Sign-On Kementerian Pelajaran Malaysia KPM
SSO Single-Sign-On Kementerian Pelajaran Malaysia KPM

3.0 Sistem Yang Boleh Melalui SSO

2

4

33

REVIEW OVERVIEW
Kepentingan Sistem
Pengurusan Sistem
Kebolehpercayaan Sistem
Previous articleAWAS! KAMERA TERSEMBUNYI di Mana-mana. Hati-hati ketika Bercuti. Viralkan!
Next articleABM Pendidikan Islam – Tamhid Lil Qari : Baris & Huruf [ Mengenal Huruf Hijaiyah ]
sso-single-sign-on-kementerianSistem yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia KPM ini dilihat sangat bagus dari segi tujuan utama ianya dibina.Kami di SGO berharap sistem pengurusan online semua sistem KPM boleh ditingkatkan dari segi capaian, dan permudahkan segala sistem yang ada untuk diuruskan dalam 1 website.