Sekolah Tutup 5 & 6 Oktober 2015 Sebab Jerebu

Assalamualaikum.

Sekolah Tutup 5 & 6 Oktober 2015 Sebab Jerebu
Sekolah Tutup 5 & 6 Oktober 2015 Sebab Jerebu

Pengumuman oleh Pihak Berwajib, Cuti Sekolah untuk Semua Sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan dan juga negeri Sabah, Sarawak, Labuan selama 2 Hari bermula esok 5/10/2015 hingga lusa 6/10/2015.

Hal ini kerana bacaan IPU terbaru yang dicatatkan.

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Semenanjung diarah tutup selama dua hari bermula esok kecuali sekolah Kelantan akibat keadaan jerebu yang semakin meruncing. Sekolah Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan Sabah bagaimanapun dibuka seperti biasa.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi akaun Facebooknya, sebentar tadi. Sekolah yang terbabit tidak perlu menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini.

Sementara itu, pada sidang medianya di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Alor Setar, Kedah, Mahdzir berkata peperiksaan PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual pada bulan ini dan November nanti.

Sekolah Tutup 5 & 6 Oktober 2015 Sebab Jerebu
Sekolah Tutup 5 & 6 Oktober 2015 Sebab Jerebu


Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu.

“Calon peperiksaan akan dibekalkan dengan topeng sepanjang menjalani peperiksaan sekiranya jerebu berterusan. “Kita hanya akan menangguhkan semua pemeriksaan itu itu sekiranya negara diisytiharkan darurat jerebu,” katanya.

Sementara itu, Mahdzir berkata, bagi tiga negeri iaitu Kelantan, Sabah dan Sarawak, kementerian akan terus memantau Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan keputusan yang sama akan dibuat sekiranya terdapat peningkatan IPU mendadak.

12105866 10204848142905720 4059607275257604732 n
Sekolah Tutup 5 & 6 Oktober 2015 Sebab Jerebu

Sekolah Tutup 5 & 6 Oktober 2015 Sebab Jerebu ini sumber dari bharian online.