![]() |
Perhatian, Sila Muat Turun Silp Gaji Sebelum 5 Oktober 2015 |
Notis Makluman Aktiviti Pembersihan Data (Data Cleaning)Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dimaklumkan JANM akan melaksanakan aktiviti pembersihan data (Data Cleaning) Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL) bermula pada 5 Oktober 2015. Selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Bilangan 3 Tahun 2010, sistem akan menyimpan penyata gaji bulanan penjawat awam bagi tempoh 18 bulan, manakala Laporan Gaji dan Laporan C akan disimpan bagi tempoh 4 bulan dari tarikh semasa.
Sehubungan itu, tuan/puan diminta mengambil tindakan SEGERA memuat turun penyata gaji bulanan (bagi penjawat awam) dan Laporan Gaji serta Laporan C (bagi pegawai di PTJ dan Pusat Pembayar) untuk simpanan dan rujukan tuan/puan kelak sebelum 5 Oktober 2015.
Sekian, Terima Kasih.
![]() |
Perhatian, Sila Muat Turun Silp Gaji Sebelum 5 Oktober 2015 |
Download Slip Gaji Anda di :