SPS | Surat Siaran Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah

SPS | Surat Siaran Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah
SPS | Surat Siaran Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah
 

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya seperti yang di harap-harapkan oleh semua guru di seluruh Malaysia akhirnya tercapai juga iaitu sebuah web iaitu Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang akan menjadi satu-satunya website untuk guru, pentadbir dan murid dimana semua website yang berkaitan akan di gabungkan atau di integrasikan kedalam hanya sebuah website SPS ini sahaja.
Berita baik ini dikongsikan melalui surat siaran berikut.
surat1

Jika guru tidak jelas boleh juga download surat siaran ini yang disalin isinya oleh SGO.

Download :

SPS | Surat Siaran Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah 

Selain itu, SGO akan kongsikan surat siaran pelakasanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) dibawah:

Semua
Pengarah Pendidikan
Jabatan
Pendidikan Negeri
YBhg, Datuk/ Tuan,
SURAT SIARAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 21 TAHUN 2014
PELAKSANAAN
SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)
Dengan Hormatnya Perkara
tersebut di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan
bahawa KPM sedang berusaha memantapkan penggunaan satu sistem bersepadu dengan
mengambil kira pengintegrasian data kepada satu data tunggal bagi murid, guru
dan sekolah. Pengintegrasian ini merupakan satu usaha bagi meningkatkan muta
perkhidmatan KPM.
3. Sehubungan dengan itu,
KPM memutuskan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) akan dilaksanakan di semua
Sekolah di seluruh negara bermula 1 Januari 2015 dan boleh diakses melalui
alamat apps4.moe.gov.my/sps. Sistem-sistem lain yang sedia ada akan ditamatkan
dari semasa ke semasa setelah pengintegrasian selesai. Bersama-sama ini
disertakan Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah untuk rujukan
dan tindakan selanjutnya.
 http://apps4.moe.gov.my/sps
4. YBhg. Datuk/ Tuan adalah
dipohon untuk mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat siaran ini kepada
semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar dan sekolah-sekolah di bawah
pentadbiran YBhg. Datuk/ Tuan.
Sekian, terima kasih

Guru-guru boleh ke lawan web Sistem Pengurusan Sekolah SPS di Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) atau di blogspot Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

SPS | Surat Siaran Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah uploaded by EduWeb SGO