SPLGM | Makluman Berkaitan aplikasi SPL KPM

SPLGM | Makluman Berkaitan aplikasi SPL KPM
SPLGM | Makluman Berkaitan aplikasi SPLKPM
Instrumen PK06-3 & PK06-4

Intrumen bagi PK06-3 & PK06-4 telah dimuatnaik dan diintegrasikan dengan modul daftar kursus.
Modul ini hanya boleh diakses oleh pengguna-pengguna di Bahagian/ JPN/ IPG/ BTPN.Penggunaan instrumen ini, boleh digunakan oleh pihak penyelaras latihan menilai keberkesanan sesuatu latihan yang dijalankan.

Penyelaras latihan perlu menandakan ‘YA’ pada status penilaian PK06-1 & PK06-4 semasa mendaftarkan kursus. Peserta pula akan menjawab intrumen penilaian tersebut menerusi modul Individu.

Admin

Penghantaran Email kepada pengguna yang telah didaftarkan

Modul ini membolehkan peenyelaras latihan/ SULDP menghantar peringatan/ alert kepada penceramah, fasilitator dan peserta yang telah didaftarkan.Penyelaras/ SULDP perlu mempastikan eMail Jabatan/Sekolah/ Institusi dikemaskini sub modul ‘Profil Pengguna’ bagi mengaktifkan fungsi ini.

Email bagi guru-guru disekolah adalah diperolehi daripada pangkalan data EMIS, manakala email bagi pegawai di Jabatan/ Bahagian/ IPG/ PPD perlu dikemaskini menerusi modul SULDP.

Admin
14/3/2014

 

Ujilari TNA (Soal Selidik SPSK 10/1)

Tarikh Notis : 22/2/2014Assalamualikum dan salam sejahtera

Pihak Admin telah muat naik soal selidik TNA SPSK 10/1. Semua guru di negeri Selangor boleh mengakses soalselidik ini menerusi modul individu manakala SULDP boleh melihat analisis pengisian menerusi SPSK 10/2 menerusi modul SULDP.

Pihak kami sedang menjalankan kajian terhadap keboleh capaian dan kegunaan TNA SPSK 10/1 secara online dan mengharapkan kerjasama daripada semua guru dan SULDP.

Sebarang kemusykilan berkaitan sila rujuk dengan PPD masing-masing dan sebarang masalah teknikal sila rujuk dengan Admin SPL KPM.

Terima kasih.

ADMIN.

Sokongan KKL Tahun 2014

Tarikh Notis : 2 Februari 2014:Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Modul Sokongan Kehadiran Kursus Luar yang di masukkan menerusi modul individu akan diaktifkan bermula 15 Februari 2014.

Admin

Terlupa Kata Laluan Individu
Untuk makluman semua satu modul Reset Password telah di buat pada modul SULDP/Penyelaras SPL KPM sekolah/bahagian/jabatan. Sekiranya cikgu/pegawai/kakitangan terlupa kata laluan individu, di pohon berhubung terus dengan penyelaras SPL KPM masing-masing.Tatacara Reset Kata Laluan
*********************
1-Klik Menu Senarai Staf di bawah Utiliti Pengguna.
2-Masukan NOKP pada ruangan NOKP dan tekan butang ‘Cari’.
3-Rekod individu akan muncul dan tekan pada gambar kunci ‘Reset Kata Laluan’.
4-Kemudian tekan butang ‘RESET KATA LALUAN’ sehingga keluar masej ‘Maklumat telah dikemaskini’.
5-Maklumkan pada individu bahawa kata laluan baru ialah 4 digit terakhir nombor kad pengenalannya.Selamat MencubaAdministrator..
0388841052
Rumusan Bilangan Hari Berkursus Oktober 2013

Tarikh Notis : 1 November 2013Rumusan bilangan hari berkursus bagi Bulan Oktober 2013 akan dijana pada 10hb November 2013. Ia bertujuan untuk persiapan mesyuarat JIPS pada 12 November 2013.

Sehubungan itu dipohon semua SULDP dan Peg Latihan SPL KPM mempastikan proses kemasukan dan daftar Kursus serta proses sokongan dilaksanakan sebelum tarikh tersebut.

— Admin–

Penambahbaikan Modul Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) 2/2013

Tarikh Notis : 28 Oktober 2013Penambahbaikan SPL KPM kini sedang dilaksanakan terhadap modul PPB. Penambaikan melibatkan Daftar Aktiviti PPB selain daripada Kursus dan Latihan.

Penambahbaikan ini melibatkan tambahan menu pada modul Individu dan sedang dalam proses pengujian dan ujirintis yang melibatkan tambahan sub menu
1. Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community – PLC)
2. Bimbingan dan Pementoran (Coaching & Mentoring )
3. Kajian Tindakan / Projek Inovasi
4. Penulisan & Penerbitan

Terima Kasih dan sebarang kesulitan amat dikesali.

Penambahbaikan Modul Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) 1/2013

Tarikh Notis : 26 Oktober 2013Pengguna dipohon mendaftarkan maklumat aktiviti mengikut ketegori PPB yang betul dan sesuai menerusi Modul Individu.

Bagi Kursus/ Latihan yang dianjurkan dibawah organisasi KPM masih perlu didaftarkan oleh pihak penganjur menerusi Modul SULDP. Sehubungan itu dipohon guru-guru dan peserta kursus membuat semakan terhadap kursus-kursus yang telah dimasukkan oleh pihak penganjur dan menghubungi pihak penganjur untuk melengkapkan/daftar kursus yang telah dilaksanakan.

Daftar Kursus/Latihan menerusi modul individu hanya melibatkan kursus anjuran pihak swasta atau organisasi diluar KPM.

Sekian, Terima Kasih.

Tips Muat Naik Gambar

Tarikh Notis : 12 Disember 2012Sedikit Tips Cara-cara Untuk Muat Naik Gambar:-

1-Pastikan gambar yg hendak di muat naik sesuai untuk paparan kepada pihak pengurusan tertingggi KPM dan dalam format .jpg sahaja.

2-Pastikan nama gambar telah diubah kepada nombor kad pengenalan pengguna.
Cthnya:- 710102102345.jpg

3-Saiz gambar mesti kurang daripada 200 kb.

4-Gunakan browser ‘Modzilla Firefox’ atau ‘Google Chrome’ sahaja. Jangan gunakan browser ‘Internet Explorer’ kerana di dapati tidak stabil semasa memuat naik gambar.

Sekian dan terima kasih atas kerjasama semua pihak.

Administrator..
0388841052
norhusni@gmail.com

Masalah Capaian SPLG dan Muat Naik Gambar

Tarikh Notis : 30 November 2012Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman, kesesakan talian SPLG akan berlaku pada waktu puncak dari Isnin hingga Jumaat (8 pagi – 5 petang) disebabkan pengguna yang ramai. Namun demikian, pengguna boleh memasukan rekod kursus dan eProfil pada bila-bila masa di mana-mana lokasi yang mempunyai internet connection kerana SPLG akan beroperasi 24 jam kecuali semasa penyelenggaraan server oleh pihak Bahagian Pengurusan Maklumat KPM.

Sekiranya pengguna menghadapi masalah memuat naik gambar dalam eProfil, pengguna boleh menghantar gambar berserta maklumat nombor kad pengenalan dan nama melalui email kepada pihak administrator.

Sekian dan terima kasih atas kerjasama semua pihak.

Administrator..
0388841052
norhusni@gmail.com

Kesesakan Talian SPLG

Tarikh Notis : 19 Oktober 2012Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Adalah dimaklumkan, Terdapat kesesakan talian untuk menggunakan Modul Individu. Dipohon kesabaran semua pengguna dalam mengemaskini maklumat eProfil dan Kehadiran Kursus tahun semasa.

Segala kesulitan dan kesusahan yang dihadapi adalah adalah amat dikesali dan maaf dari kami.

Sehubungan itu Tarikh pengemaskinian eProfil dilanjutkan sehingga 30 Oktober 2012 bagi memberi keselesaan kepada semua pengguna.

Sekian dan terima kasih atas kerjasama semua pihak.

Administrator..
0388841052

ANALISA KEHADIRAN KURSUS (2012)

Tarikh Notis : 15 Oktober 2012Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan pengemaskinian Sub Modul eProfile akan dilanjutkan sehingga 19 Oktober 2012. Sehubungan dengan itu Sub Modul ANALISA KEHADIRAN KURSUS (2012) hanya akan dibuka semula pada 20 Oktober 2012 bagi memberi laluan pengguna untuk mengisi Sub Modul eProfile dari kesesakan di dalam talian.

Sekian dan terima kasih atas kerjasama semua pihak.

Administrator..
0388841052

Penggunaan Katalaluan Bagi Modul Invidu SPLG

Tarikh Notis : 9 Oktober 2012Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Bermula Oktober 2012, BPG telah melaksanakan pengunaan katalaluan bagi Modul Individu untuk tujuan keselamatan data. Sehubungan dengan itu setiap pengguna yang masuk ke dalam SPLG perlu memasukan katalaluan di mana katalaluan adalah 4 digit terakhir Kad Pengenalan. Pengguna di minta menukar kembali katalaluan apabila telah berjaya login.

Bagi Sub Modul eProfil di dalam Modul Individu, pengguna di kehendaki memuat naik gambar formal berukuran pastport bersaiz kurang daripada 200 KB di dalam format JPG sahaja.

Sekian dan terima kasih atas kerjasama semua pihak.

Administrator..
0388841052

e_PROFILE

Tarikh Notis : 12 Ogos 2012Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Modul e-Profile dibangunkan bertujuan untuk mendapatkan maklumat kepakaran dan data asas warga pendidik. Modul ini dibangunkan seiring dengan keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan maklumat asas bagi pembangunan modul continuous professional development (CPD)

Modul ini dilaksanakan secara rintis dan berperingkat dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional(BPTV). Semua warga pendidik dipohon untuk mengemaskini maklumat kepakaran dan data asas yang diperlukan.

Semua Guru dan kumpulan profesional di SMV/SMT/KV diminta untuk mengemaskini maklumat e-Profile pada atau sebelum 10 September 2012.

Pengetua/ G HEM / SULDP dipohon untuk mengesahkan maklumat yang dimasukkan oleh Guru-guru menerusi modul SULDP.

Sekian dan terima kasih atas kerjasama semua pihak.

administrator..

Soal Selidik ‘Training Needs Analysis’ (TNA) PK06-1 & PK06-2

Tarikh Notis : 10 April 2012BPG telah membangunkan modul soal selidik ‘Training Needs Analysis’ (TNA) secara online bagi kumpulan perlaksana PK06-1 dan PK06-2.

Modul ini dibangunkan bagi membolehkan pihak pengurusan disekolah/ PPD/ JPN dan Bahagian membuat perancangan keperluan kursus berdasarkan soal selidik yang dilaksanakan secara online.

Modul ini boleh diakses menerusi login ke Modul Individu dan semua individu/pengguna sistem ini diminta untuk menjawab soalselidik tersebut sekurang-kurangnya sekali setahun.

Pengguna/Individu boleh mengakses soalsedik secara online dengan ‘Klik’ pada menu di modul individu. ‘Soal selidik TNA’ –> ‘Kumpulan Perlaksana’ PK06-1 atau PK06-2.

Penyelaras di sekolah/ PPD dan JPN boleh melihat ‘analisis TNA’ pada ruangan utiliti pengguna.

Terima Kasih..

-Administrator-

Sokongan Secara Kelompok oleh Penyelaras LADAP PPD

Tarikh Notis : 6 April 2012Proses sokongan kursus- kursus yg dipohon oleh pihak sekolah kini boleh dilaksanakan secara kelompok. Pihak penyelaras LADAP di PPD hanya perlu klik pada senarai kursus yang belum disokong dan tekan butang hantar.

Pihak Penyelaras LADAP di PPD dipohon menyemak dan menyokong kursus-kursus yg dipohon dengan segera.

Terima kasih..

Administrator

Sokongan Dan Pengesahan Secara Kelompok Modul KKL

TARIKH NOTIS : 27 FEBRUARI 2012Modul sokongan secara kelompok telah dibangunkan bagi memudahkan Penyelaras SULDP/ Pengetua/ Guru Besar menyemak dan menyokong kursus KKL yang telah didaftarkan menerusi Modul Individu.

Berikut adalah langkah-langkah pengesahan secara kelompok boleh dilaksanakan:-
1. Klik pada ‘Senarai Staf KKL’
2. Klik pada nombor (berwarna Merah) pada kolum Belum semak
3. Sila semak dan ‘tick’ diruangan kolum ‘*Sokongan secara kelompok’ pada setiap baris kursus yang telah didaftarkan.
4. Tekan butang Hantar.

Proses kemaskini bagi setiap kursus juga masih boleh dilaksanakan seperti biasa. untuk kemaskini kursus.

1. Klik pada ‘Senarai Staf KKL’
2. Klik pada nombor (berwarna biru) pada kolum Bilangan KKL dihadiri
3. Klik pada butang edit diruangan ‘Kemaskini’
4. Semak dan
5. Tekan butang simpan untuk kemaskini maklumat.

Terima Kasih..

-Administrator-

Soal Selidik ‘Training Needs Analysis’ (TNA).

TARIKH NOTIS: 24 Februari 2012BPG telah membangunkan modul soal selidik ‘training needs analysis’ (TNA) secara online.

Modul ini dibangunkan bagi membolehkan pihak pengurusan disekolah/ ppd/ Jpn dan Bahagian membuat perancangan keperluan kursus berdasarkan soal selidik yang dilaksanakan secara online.

Modul ini boleh diakses menerusi login ke Modul Individu. dan semua guru/ pengguna sistem ini diminta untuk menjawab soalselidik tersebut sekurang-kurangnya sekali setahun.

Pengguna/ guru guru. boleh mengakses soalsedik secara online dengan ‘Klik’ pada menu di modul individu. ‘Soal selidik TNA’

Penyelaras di sekolah/ PPD dam JPN boleh melihat ‘analisis TNA’ pada ruangan utiliti pengguna

Terima kasih atas kerjasama yang diberi.

PENGEMASKINIAN PANGKALAN DATA – (SENARAI NAMA PESERTA DAN PENCALONAN)

TARIKH NOTIS: 24 Februari 2012ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pihak Kami sedang mengemaskini pangkalan data kursus 2011 dan 2012.

Senarai Peserta dan pencalonan peserta kurus yang didaftarkan menerusi kursus yang dilaksanakan pada tahun 2012. sedang diproses pindah ke server yang baru. Oleh yang demikian senarai nama peserta dan pencalonan tidak akan dipaparkan buat masa ini.

Senarai tersebut akan dipaparkan pada 27hb Februari.

Pihak Penyelaras kursus diminta tidak menambah semula nama-nama yang telah dimasukkan.

Sekian terima kasih. dan sebarang kesukaran amat dikesali

Modul Individu

TARIKH NOTIS: 11 Disember 2011Semua Guru dan Staf yang telah didaftarkan boleh mengakses modul tersebut bagi tujuan Daftar ‘Book Review’ dan Kehadiran Kursus Luar (KKL) di Url berikut:

http://apps.moe.gov.my/splg/

klik pada modul Individu

Manual Pengguna, Pamplet (SPLG) dan Slide Pengenalan
Pihak urusetia telah menyediakan Link :1. Manual Pengguna (pdf)
2. Pamplet (Publisher)
3. Slide Pengenalan (Power Point)Pengguna boleh muat turun fail-fail tersebut daripada link yang disediakan.Klik : Hubungi Kami >
e SPLG

PENGENALANSistem SPLG – Sistem Pengurusan Latihan Guru dibangunkan bagi merekod kursus yang dihadiri oleh guru dan kakitangan pendidikan

Menerusi aplikasi ini diharapkan proses pengumpulan data dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, tepat dan efisien

Latar belakang SPLG:

Dibangunkan secara dalaman oleh unit Data dan Pengurusan Maklumat, BPG

Aplikasi menyediakan pelbagai paras dan

Modul Borang Soal Selidik

Untuk tujuan mendapatkan maklumbalas pengguna, pihak urusetia telah menyediakan satu modul borang soal selidik secara online. Pengguna dikehendaki mengisi borang soal selidik online apabila log masuk ke dalam sistem e-SPLG.Pengguna boleh mengisi borang soal selidik secara online tersebut daripada link yang disediakan.

Klik : Borang Soal Selidik>

Pelaksanaan Projek Rintis aplikasi SPLG

Bahagian Pendidikan Guru akan melaksanakan Projek Rintis di tiga buah negeri iaitu di Negeri Johor, Melaka dan Negeri SembilanProjek Rintis ini dilaksanakan bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan aplikasi disamping mendapat maklumbalas secara terus dari pengguna sistem

Projek rintis ini akan bermula pada 14 Mac hingga 14 April 2011 yang melibatkan kursus yang dilaksanakan bermula Januari

 

SPLGM | Makluman Berkaitan Aplikasi SPL KPM by EduWeb SGO