![]() |
Perbezaan Dasar KBSR dan Dasar KSSR |
Mengikut pemerhatian secara rawak, masih ramai di kalangan guru yang tidak mengetahui secara tepat perbezaan antara KBSR dan KSSR. Hal ini kerana masih ramai guru yang tidak mengambil cakna akan perubahan Dasar Baru KPM mengenai KSSR ini. Ini tidak boleh disalahkan guru, kerana tugas guru sekarang tidak diakui sangat mencabar kerana masih dalam proses penyesuaian perubahan pelbagai dasar dan kurikulum.
Berikut SGO membuat jadual secara mudah Perbezaan Dasar KBSR yang lama dengan Dasar KSSR yang baru. Semoga bermanfaat.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) | Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) |
 Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang : Komunikasi Manusia dan alam sekeliling Perkembang diri Individu |  Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang : Komunikasi Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan, Perkembangan fizikal dan estetika Sains dan teknologi Ketrampilan diri |
 Bahan kurikulum: Sukataan pelajaran |  Bahan Kurikulum: Dokumen Standard Kurikulum |
 Reka bentuk kurikulum: Linear | Reka bentuk kurikulum: Modular |
Organisasi kurikulum: Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan *Senarai Subjek Teras, Wajib & Tambahan KBSR | Organisasi kurikulum: Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul Elektif. Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaraan Teras dan Elektif *Senarai Subjek KSSR Tahap 1 Mengikut Modul |
 Elemen Memahiran berfikir secara Kritis dan Kreatif |  Elemen Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explisit. |
 Fokus: 3M (Membaca, menulis dan mengira) |  Fokus: 4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul) |
Untuk penambahan, mungkin ini membantu :
- Senarai Subjek Sekolah Rendah
Perbezaan Dasar KBSR dan Dasar KSSR by EduWeb SGO