Konsep dan Kepentingan Disiplin

Konsep
Peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu.  Merujuk kepada cara berfikir tersusun yang seterusnya membawa kepada sifat
rasional serta keyakinan diri seseorang.
Berkaitan dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan akhlak.
Disiplin membawa erti bukan sahaja mempunyai dan menghayati perlakuan yang diharapkan oleh masyarakat, tetapi juga sanggup taat dan setia kepada sekolah, negeri dan negara.

KEPENTINGAN DISIPLIN
A)Pengajaran dapat dijalankan secara licin dan teratur
B)Pembelajaran dapat dilangsungkan dalam suasana yang tenang dan teratur.
C)Keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat dipertingkatkan lagi
D)Murid-murid menjadi lebih produktif
E)Keselamatan murid-murid terjamin
F)Tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.
G)Murid-murid dapat dibesarkan menjadi warganegara yang berguna dan berdisiplin.
H)Nilai-nilai moral seperti tanggungjawab, tolong-menolong, ketekunan, kerjasama, rendah hati, kebersihan dapat dipupuk.