TELEKUNG JANNAH
Dapatkan pada harga Early Bird!!
Kain cantik sedap pakai. Warna menarik menawan hati!
  1. Potongan 35% dan Jimat RM69!!

KEPENTINGAN INTERAKSI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(i) Membolehkan guu memotivasi murid-murid supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
(ii) Aktiviti soal jawab dapat menggerakkan murid-murid berfikir memerlukan proses interaksi di antara guru dengan murid-muridnya.
(iii) Interaksi mengeratkan perhubungan guru dengan murid-murud dalam bilik darjah. Perhubungan guru dan murid-muridnya yang mesra adalah syarat pentingbagi guru menyampai pelajaran dengan berkesan.
(iv) Interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana interaksi merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepadamurid-muridnya.
(v) Melalui interaksi, guru dapat melaksanakan rancangan mengajarnya mengikut objektif pelajar yang ditentukan.
(vi) Melalui interaksi dengan bahan pelajaran, guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan berkesan.
(vii) Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan murid memerlukan interaksi dua hala.
(viii) Aktiviti kumpulan, khasnya aktiviti perbincangan, hanya dapat dijalnkan melalui interaksi di antara murid dalam kumpulan.
(ix) Interaksi berkomputer membolehkan murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran terkini yang sukar didapati daripada buku-buku atau media bercetak yang sedia ada.