JENIS-JENIS DISIPLIN

Terdapat empat jenis utama disiplin mengikut Lindgren, 1972

I)DISIPLIN ARAHAN GURU
Mewujudkan struktur serta mewajibkan murid-murid mematuhi peraturan
Guru yang berkesan akan membenarkan kebebasan murid-murid berkembang secara semula jadi serta spontan dan bersedia mengenakan batasan bagi satu-satu tingkah laku yang kurang diingini.
Guru harus memberi inisiatif mengadakan struktur dan pertimbangan.
Inisiatif mengadakan struktur merujuk kepada aktiviti-aktiviti seperti mengarah, mengawal, menghukum, mengenakan batasan, memberi ganjaran, pengelolaan, menyusun jadual kerja, mengekalkan standard dan sebagainya,
Pertimbangan kepada tingkah laku perlu dilakukan seperti memberi simpati serta kefahaman, mengadakan kompromi, menolong, menggalakkan penyertaan ahli-ahli kumpulan dan bersedia memberi sokongan.

II)DISIPLIN ARAHAN KERJA
Merujuk kepada disiplin yang diwujudkan oleh tugasan yang perlu diselesaikan oleh seseorang itu.
Setiap tugasan mempunyai disiplin yang tersendiri, sama ada mengumpul dan mengasingkan setem, kira-mengira, bekerja dalam sesuatu projek dan sebagainya. Semakin matang seseorang itu semakin mudah baginya untuk mematuhi harapan sesuatu tugasan.
Disiplin ini berlandaskan kepada motivasi positif.

III)DISIPLIN ARAHAN KUMPULAN
Disiplin ini hasil daripada kawalan rakan-rakan sebaya.
Murid-murid yang enggan mengikut kehendak kumpulan akan dipulaukan.
Dalam aktiviti pembelajaran, ahli-ahli kumpulan yang dibentuk hendaklah mengikut arahan kumpulan

IV)DISIPLIN ARAHAN KENDIRI
Disiplin ini bersifat motivasi dalaman.
Kebolehan membuat kompromi disebut disiplin arahan diri.