Jenis cetakan
Jenis cetakan klasik merangkumi :
a)cetakan timbul ( relief )
b)cetakan benam ( intaglio )
c)cetakan datar ( planography/litography )
d)cetakan stensil/ saring sutera ( seriography )
1.2 Cetakan Tamadun Melayu
GALERI Petronas baru-baru ini melancarkan pameran pertamanya untuk tahun 2009 yang bertajuk:
Go Block: Five Contemporary Malaysian Printmakers
Pameran tersebut merupakan satu pertunjukan yang meraikan amalan-amalan baru dalam seni cetak di Malaysia melalui hasil karya baru oleh lima orang seniman iaitu Juhari Said, Kim Ng, Izan Tahir, Zulkifli Yusoff dan Shahrul Jamili. Kesemua mereka banyak memberi sumbangan besar kepada perkembangan seni cetak kontemporari dalam gerakan seni tanah air.Seniman Malaysia dan ahli akademik yang disegani, Prof. Dr. Sulaiman Esa telah menyempurnakan majlis pelancaran pameran tersebut, termasuk buku iringan pameran yang mempunyai judul yang sama pada 17 Februari lalu.Go Block dikurator oleh Badrolhisham Mohamad Tahir dengan mengetengahkan 15 hasil karya terbaru artis tempatan yang bertujuan mengajak orang ramai meneroka seni cetak sebagai satu bahan tara berciri dinamik dan inovatif yang memberikan kesan besar terhadap pergerakan kesenian di Malaysia hari ini.
Konsep asas pameran itu adalah bagi menyedarkan orang ramai bahawa wujudnya satu bentuk alternatif pada proses seni cetak biasa yang selalunya terhad pada penggunaan dakwat, blok cetak, kertas dan tindakan menghentak atas permukaan kertas.Melalui pameran itu, ia menggalakkan penggunaan bahan tara selain dakwat yang boleh diacu dan dibentuk kemudian dipadukan bersama bagi menghasilkan satu hasil karya seni baru yang unik.Idea asas sebenar pameran itu ialah untuk memberikan definisi baru tentang seni cetak. Pameran tersebut turut menerokai penggunaan pelbagai bahan harian seperti konkrit, kayu, tanah dan lapisan logam sebagai bahan tara, selain menggunakan dakwat yang diacu ke dalam bentuk-bentuk tertentu secara berulang-ulang bagi mendapatkan hasil seni muktamad yang diinginkan.
Ketika secara tradisinya seni cetak berada pada tahap sekunder dalam konteks gerakan seni kontemporari di Malaysia, teknik-teknik serta cara penataan dalam seni cetak selalunya digunapakai dalam penghasilan rupa bentuk seni lain, misalnya lukisan, arca dan instalasi.Peminjaman atau pertukaran teknik dan penataan itu menjadi bukti tentang pengaruh berterusan yang dimiliki oleh seni cetak dalam amalan seni kontemporari kini. Dalam pada itu, batasan atau sempadan peraturan-peraturan atau cabang-cabang seni yang dahulunya lebih jelas dan tersendiri kini menjadi semakin kabur.Walaupun seni cetak dianggap mudah untuk orang ramai menghasilkannya serta tidak mahal kerana alatan dan bahan yang digunakan dikeluarkan secara besar-besaran, namun masih terdapat segelintir seniman Malaysia yang mampu mengguna pakai bentuk seni itu secara berkesan dan menjadikannya sebagai satu keistimewaan.
Golongan seniman yang menyertai pameran Go Block itu merupakan antara yang berpengaruh dan berdedikasi dalam amalan seni kontemporari iaitu mereka bertanggungjawab untuk memecah batasan bagi menjadikan seni cetak lebih relevan pada masa kini.Menurut Pengarah Galeri Petronas, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim, Go Block merupakan satu pameran yang membuka jalan baru dalam memperkembang seni cetak kepada satu tahap terkini. “Ia merupakan satu amalan seni yang berkesan kerana mudah bagi orang ramai mengaitkannya dengan pengalaman mereka.
Bagaimanapun, kami ingin mencabar pemikiran orang ramai terhadap kefahaman mereka tentang seni cetak, bukan sahaja cetakan blok atas selembar kertas, maksudnya kini lebih luas dan hanya terhad kepada daya imaginasi,” katanyaSECARA tradisinya seni cetak berada pada tahap sekunder dalam konteks gerakan seni kontemporari di Malaysia.Di Malaysia cetakan dihasilkan dengan menggunakan pelbagi teknik dan media. Antara media yang biasa digunakan ialah lino, syelek, lekar dan media campuran. Manakala teknik yang biasa dihunakan hádala seperti teknik timbulan, kolagraf dan cetakan saring. Proses menghasilkaan cetakan timbul ialah dengan Meletakkan dakwat atau warna pada permukaan yang biasanya terdiri daripada blokkayu atau lino. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang dikehendaki.Langkah menghasilkan cetakan stensil – Sediakan sebuahpemidang skrin.
Lukis dan gunting imej atas kertas pendua.Semasa mencetak,letakkan iime yang telah dipotong di ataskertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau warna.Gunakan sekuji untuk meratakan warna diatas pemidang skrin.Angkat perlahanlahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada belakang pemidang skrin.Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak keranakertas pendua yang dipotong itu akan lembap danmenyebabkan dakwat atau warna terkeluar.
1.3 Cetakan Tamadun Islam
Cetakan Tamadun Islam lebih berunsurkan Islamik seperti ayat suci al Quran dan unsur geometri. Dalam tamadun islam, kebanyakan hasil seni amat menjauhkan lambang/simbol perantaraan antara manusia dan Tuhan. Hampir semua karya menggunakan unsur dalam motif hiasan. Kegiatan cetakan ketika itu, kebanyakannya berasaskan kayu dan setengahnya dicetak dengan pencetak seperti penghasilan ayat suci al-Quran. Reka corak cetakan adalah kaligrafi (menekankan keseimbangan pola positif dengan negatif) dan berunsurkan kehidupan Islam. Kebanyakan corak adalah menegak ke atas dan bermula dari bawah kerana menggambarkan Tuhan Yang Esa dan Satu. Cetakan dalam tamdun ini tidak menjadikan objek manusia sebagai subjek kerana insan Kamil tidak menampilkan dirinya kepada Tuhan secara tampak. Seni cetakan dihasilkan bertujuan sebagai panduan kepada seluruh umat Islam serta kebanggaan kerana keunikan dan kehalusan pembuatannya. Unsur seninya adalah kontemporari iaitu campuran pelbagai media dan agak moden. Namun begitu, setiap hasil karya yang dihasilkan mestilah berlandaskan kepada unsur tauhid dan akidah umat Islam. Garisan dalam kaligrafi menghasilkan ruang tertentu dalam setiap karya. Banyak karya cetakan menekankan penggunaan garisan dan fungsinya. Unsur geometri seperti segi empat tepat dan sama banyak digunakan beserta dengan ayat suci al-Quran. Ia menjadikan cetakan yang dihasilkan mempunyai kombinasi selain terdapat unsur pengulangan pada motif corak
1.4 Cetakan Tamadun China
China telah menjadi tempat penghasilan cetakan terawal sekali iaitu bermula abad ke 7 Masihi. Cetakan menjadi satu lagi ciptaan budaya China yang penting yang bermula pada 500 S.M. dengan percetakan blok di atas kertas dengan menyapu dakwat ke atas blok yang diukir pada muka surat, meletakkan kertas di atasnya dan menyapu belakang kertas hingga rata. Teknologi percetakan dengan mesin taip dicipta oleh Bi Sheng pada abad ke 11 S.M.