CARA MEWUJUDKAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BILIK DARJAH

asa

  1. Komunikasi yang berkesan d akan berlaku jika mesej yang disampaikan oleh si penyampai dapat diterima dan difahami oleh si penerima. dengan jelas.
  2. Berkesan apabila wujudnya persefahaman ynag mendorong meningkatkan hubungan yang baik di antara mereka yang terlibat.
  3. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menggunakan kedua-dua jenis komunikasi (verbal dan bukan verbal) dengan berkesan.
  4. Guru boleh memberikan peneguhan positif dalam bentuk verbal(Pujian) dan bukan Verbal (sentuhan dan Senyuman).
  5. Kecekapan komunikasi boleh dipelajari dan dilatih oleh guru dari semasa ke semasa.
  6. Murid mesti mendapat mesej/arahan yang ingin disampaikan oleh guru dengan tepat.

Amalan-amalan komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah

  • Guru mesti mengendalikan strategi kumpulan di dalam bilik darjah.
  • Menggunakan kaedah perbincangan, lakonan, main peranan dan sosia drama.
  • Menggunakan alat Bantu mengajar yang akan membantunya menyampaikan konsep dengan lebih berkesan.
  • Menyampaikan fakta dengan suara yang terang dan mempraktikkan kemahiran menyoal yang berkesan.
  • Sekiranya maksud penyampai disalah tafsifkan oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua pihak tersebut.
  • Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang efektif yang guru dapat berkomunikasi denagn berkesan, beliau perlu mempraktikkan prinsip-prinsip yang berikut:-

i) Berusaha untuk mendengar cadangan murid-muridnya.
ii) Memastikan bahawa tidak ada halanagn apabila guru menyampaikan pengajarannya.
iii) Mesti menolong membuka minda murid-muridnya supaya mereka dapat berkomunikasi denagn lebih senang.